Posts

Showing posts with the label OPTOM EYECARE BANGI

BUTA DISEBABKAN KENCING MANIS?

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Bila bercakap pasal kencing manis atau diabetis ni, yang ada dalam fikiran kalau luka dekat mana-mana bahagian tubuh badan, susah nak sembuh. Kalau susah nak sembuh, kebarangkalian anggota badan tu nak dibuang sangat tinggi. Tapi kali ni, YF nak kongsikan satu anggota badan lain yang boleh terkena 'tempias' kesan penyakit ni iaitu MATA. Secara umumnya, d iabetis akan menyebabkan salur darah rosak dan darah menjadi pekat sehingga aliran darah di dalam badan menjadi sangat perlahan. Impak kerosakkan salur darah menyebabkan organ-organ penting dalam badan termasuk mata akan mengalami masalah kekurangan bekalan oksigen. Hal ini secara tak langsung boleh mengakibatkan retina mata rosak, dan akan dianggap sebagai salah satu komplikasi diabetis iaitu  Retinopati  Diabetik . Antara  komplikasi diabetis seperti di bawah: Neuropati Diabetik - kerosakan saraf Nefropati Diabetik - penyakit buah pinggang Jenis Retinopati Diabetik Berdas...

Gajet, Kesan & Cara Jaga Mata Kanak-kanak

Image
Penggunaan gajet ketika pandemik ni merupakan satu keperluan untuk semua peringkat umur, terutamanya kanak-kanak. Aku perasan benda ni sebab ibu aku ada jaga 2 orang kanak-kanak ni, 6 tahun & 11 tahun. Dari pagi hingga petang,  menghadap skrin iPad atau pun phone . Kelas dari pihak sekolah. Kelas tambahan. Kelas agama dan mengaji. Belum campur main game online lagi. Iyalah. Budak-budak kan. Dahla tak pergi sekolah. Tak jumpa kawan-kawan yang sebaya. Tak boleh keluar jalan-jalan ke apa. TV pun diorang dah bosan tengok. Yang diorang suka, game online . Fuh. Kecik-kecik dah ada eyebag . Ini masa total lockdown itu harilah. Sekarang ni, dah kurang sikit sebab sekolah dah dibuka semula kan. Tapi masih lagi kena kawal dan pantau.  Hari tu, aku sempat join seminar online oleh Dr.  Mohd Hafidz Ithnin iaitu salah seorang Pakar Mata di Optom Eyecare dan Pensyarah UIAM,  Kuantan, Pahang. Tajuknya sangat sesuai dengan keadaan yang aku ceritakan tadi.  Bagi aku, pe...

Tempah Bingkai Cermin Mata di OPTOM EYECARE BANGI

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Dah nak dekat 3 tahun kot rasanya YF pakai cermin mata sekarang ni. Cermin pun dah calar balar. Hahaha! Mulalah gatal tangan nak tempah cermin mata baru. Lagipun, n ak tahu jugalah perkembangan terkini mata. Rabun makin teruk ke atau masih sama. Almaklumlah, umur makin meningkat. Gaya hidup pun dah berubah sejak pandemik ni. Di rumah kerap sangat menghadap skrin komputer riba saja. Uhuks! Jadi, atas review kawan2 & juga Google Review , YF memilih OPTOM EYECARE Bangi untuk cermin mata yang baru. Yang paling penting, di kedai ini, ada pakar mata atau Optometri . Jangan risau. Mereka ni bukan sebarang pakar mata tau. Mereka merupakan Optometri yang bertauliah dan berpengalaman. Apa itu Pakar Mata (Optometri)? Selepas mendengar sedikit sebanyak penerangan Optometri di  OPTOM EYECARE Bangi   ni, mengikut apa yang YF fahamlah kan. Optometri ni merupakan pakar mata tetapi bukan dari segi klinikal ya. Mereka sekadar membuat saringan pada...