Posts

Showing posts from January 22, 2011

FOBIA DENGAR PERKATAAN "JODOH"

Image
ASSALAMUALAIKUM!! Aku fobia dengar perkataan "JODOH"???apa kes de??? Entah laa..aku pun tak tahu...tapi bila jumpa sahabat lama...laju pula mulut aku tanya diorang.. "Bila nak kahwin?" "Dah ada calon ke belum?" Hah..amik korang soalan aku...hahahaha...tapi...kenapa aku tak suka bila orang tanya aku macam tu???? Bukan tak suka sebab menyampah..just..macam...tak selesa....argghhhhh!!!aku stress bhai!!stress!!! Haiyaaa!!!mental aku macam ni!!so please!!siapasiapa yang kat luar sana....jangan teringin nak tanya aku pasal jodoh, ok??biarkan ALLAH yang tentukan...aku malas dah nak fikir...-.- ASSALAMUALAIKUM..:( ----------------------------- YF : Bila hati sudah terpaut

RAHSIA ITU

Image
ASSALAMUALAIKUM semua... Hmm..korang ada rahsia?kecil ke?besar ke?pasti adakan..aku pun ada...banyak jugak laa...hurm... Tadi..aku baru mengetahui sebuah rahsia yang paling berat pernah aku dengar...tak terbayang aku selama ni...akhirnya...aku telah berjumpa satu kisah hidup yang sememangnya nyata lagi betul... Bayangkan..korang simpan rahsia sorangsorang..tak ada siapa pun tahu...berat tak bahu nak pikul?? Orang lain sibuk cakap kita ni begini..kita ni begitu...tapi...ada diorang tahu perihal sebenar?? Dah tahu...baru ternganga mulut seluas periuk belanga...terkejut punya pasal... Benar kata pepatah Melayu...berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikulnya... Kita ingat...dia cool je..chill je...dalam..siapa yang tahu...berperang dengan segala bagai rasa...SUBHANALLAH.. Hebat sungguh dia...sekiranya aku berada ditempat dia..aku sendiri...tidak pasti...apa yang akan aku lakukan... Aku harap...dia tabah mengatasi dugaan ini..INSYAALLAH... Bila kita tahu sesuatu rahsia yang

PASRAH

Image
YA ALLAH Aku berserah kepadaMu Hidup dan matiku Hanyalah untukMu YA ALLAH Aku pasrah dengan takdirMu Membuat aku terjaga dari lena Yang mengaibkan YA ALLAH Aku redha dengan hukumanMu Untuk hambaMu yang alpa Yang kian memakan diri YA ALLAH Aku terkedu dengan kebesaranMu Aku masih mampu merasa nikmat dariMu Betapa aku bahagia dengan rasa ini YA ALLAH Dengarlah rintihan ini Dengarlah rayuan ini Dengarlah esakan ini Hanyalah untukMu -------------------------------- YF : Kian sedar

SEPI

Image
Manik jernih kian menitis Dari sang mata yang melayu Terkenang masa lalu Yang penuh kelalaian Hanya kepadaMu Tempat ku mengadu Segala resah gelisahku Moga tenang hatiku Semakin meninggi umur Semakin aku takut dengan masa depanku Bagaimanakah ia? Tidak tercapai akalku Hanya mampu berserah Pada yang lebih mengetahui Tiap hari hati berlagu Meminta kasih dan sayang Tapi siapa yang mampu mendengar Ia sekadar jeritan batin Syahdu hati di malam hari Bersama deru angin Yang kian mengerti Betapa aku sepi sendiri Tidak ingin bertegang urat Apatah lagi bermusuh Cukup sudah segalanya Biarkan ia terkubur disanubariku ----------------------------------- YF : Aku tetap aku

SAHABAT YANG KU CINTA

Image
Hadirmu mengembalikan senyumku Tapi tidak pasti sampai bila kau akan bertahan Aku mula menganyam angan-angan Tapi ku takut tidak kesampaian Umpama pelangi di malam gelita Tidak kelihatan tapi terasa disanubari Khuatir ia akan hilang Tanpa aku sedari Kumbang bukan seekor Bunga bukan sekuntum Begitulah juga engkau Masih banyak pilihan dan harapan Hatimu mungkin tidak pasti Siapakah yang kau cinta Hatiku mungkin tidak pasti Siapakah yang ku cinta Sejarah kau berbeza Begitu juga aku Namun aku pasti Aku masih trauma dengan kisah lampauku Terima kasih sahabatku Sudi hadir memberi ruang Untukku berteduh sebentar cuma Ku tahu kau akan pergi jua Mencari yang selayaknya Dan aku di sini Redha dan pasrah Dengan ketentuanNya Inilah ujian dariNya Syukur padaMu Menemukan aku dengan insan ini Kau memberikan nikmat Pada hambaMu yang berdosa Betapa aku malu denganMu Izinkan ku melakar Kenangan yang terindah Bersamamu insan teristimewa Moga kita kekal bersahabat Hingga ke syurga