Posts

Showing posts from May 23, 2011

SEMALAM | HARI INI | ESOK || KEHIDUPAN

Image
SEMALAM Begitu banyak sejarah yang telah dilakarkan... Manis, pahit, tawar, kelat... Semua ada... Dan pastinya...diselangi dengan gelak ketawa, tangisan, senyuman, marah... Tapi apakah ia mampu diubah?seperti membuang ketikan dengan menekan butang BACKSPACE ? HARI INI Kita berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik... Kita berusaha untuk jadi yang lebih bagus dari semalam... Tapi sudah pasti ianya berlaku secara spontan mahupun dirancang... Seperti kita menaip apa saja yang kita suka... Cuma isinya saja yang berbeza... Berguna atau cerita kosong... ESOK Sebelum tidur, sudah pasti kita akan berangan tentang hari esok... Kita ingin buat itu...Kita ingin buat ini... Tapi adakah ia akan berlaku seperti yang kita rancangkan? Adakah kita akan bersedia untuk menghadapi cabaran yang belum kita ketahui kesudahannya? Yang pasti, kita diberikan pilihan untuk menjadi lebih baik dari SEMALAM atau HARI INI... Sekiranya kita masih bernafas pada hari ESOK... ASSALAMUALAIKUM  -------------------

BILA KAU AKAN SEDAR YANG KAU TELAH KEHILANGAN???

Image
Kita akan sedar yang kita telah kehilangan seseorang yang sangat penting bila dia telah melangkah pergi keluar daripada hidup kita... Melangkah pergi untuk selamanya... Pergi kepada orang yang lebih menghargai dia... Yang mampu untuk menyayangi dia... Yang berhak untuk memiliki dia... Waktu itu...menangis tak berlagu pun memang tiada guna dah... Gigitlah jari sampai putus... Airmata keluar darah hitam pekat pun... Dia takkan kembali ke pangkuan kita... Kalau kembali...memang nasib kita baik sangatlah... Ambil yang jernih...buang jauhjauh segala keruhmeruh yang ada... Yang penting, berusahalah jadi yang terbaik untuk yang tersayang... ASSALAMUALAIKUM ---------------------------------------------- YF : Aishiteru

BEKAS KEKASIH AKU DAH ADA SESEORANG???

Image
Hurm...aku jadi stalker kejap...dah lama aku tak stalk page beliau...hari ni...tetiba tergerak hati nak stalk ...hehehehe...bagaimana aku stalk ??rahsia... Aku tengok wall beliau...penuh dengan aktiviti menawan bukit bagai...ok...aku jealous di situ ya....Bukit Broga pun aku tak berjaya tawan lagi...bila tah nak tawannya...grrrrr...-___- Selidik punya selidik...ada la dia post satu status tu...dalam Melayunya.. tak sabar nak jumpa dia ... highlight kasi terang sikit kat situ yaa...aku kah???harapanlah... :) Ada pula yang komen... dari UMS tu kah?? fulamak...hebakhebak...aku pun nak cari jugalah...tapi dari Princeton...boleh??hahahhaha..jangan nak Princeton sangatlah YF..ingat ini Cinderella's Story ke???miahahhaha!! Haish...tak kisahlah siapa pun pilihan beliau...harap beliau berbahagia selalu ya...INSYAALLAH... target aku...nak tunggu dia kahwin dulu...baru aku boleh fikir soal diri aku pula...erk...boleh ke?tapi kalau ada orang masuk meminang dulu macam mana???alamak.