Posts

Showing posts from March 16, 2022

Carpal Tunnel Syndrom Undang Sakit Leher

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Kenapa aku cakap pasal Carpal Tunnel Syndrom (CTS) ni? Hurm. Sebenarnya, aku dah lama ada CTS ni yang kena dipergelangan tangan kanan aku. Apa kebendanya tu? Heh. Aku pun tak tahu benda ni dulu. Terpaksalah Google kan. Orang kata, dah terhantuk, baru terngadah. Huuuu. Tapi, aku juga dah disahkan oleh doktor yang aku mengalami CTS. Bukan disahkan oleh Google ya. Itu sekadar pencarian maklumat saja. Jadi, Occupational Therapist dekat klinik kesihatan tu pun cadangkan pakai hand guard untuk kurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan. Hand Guard yang aku beli ni bawah RM100 di farmasi Aku tak berapa nak reti explain guna bahasa sains tinggi ni. Aku mudahkan je lah ya. Berdasarkan gambar bawah ni, korang akan nampak dekat area saraf Median tu akan berlaku himpitan  yang menyebabkan rasa sakit dan kebas. Jadi, jari yang paling terganggu adalah 3 jari pertama di mana letaknya saraf Median tu tadi. Gambar:  https://my.clevelandclinic.org/ Aku perasa