Posts

Showing posts from September, 2011

ENGLISH IS A CRAZY LANGUAGE

Image
That was what my teacher have told me. You see, a teacher that teaching in English could said that kind of statements. Hahahaha! Actually, she said that not for the wrong ways but the way we pronounce some of the words that make us confuse to say it. Let me give you some example : bus - bush loose - lost goose - geese Like bus (bas), just adding an alphabet behind it and the sound is totally change! For loose and goose, the ryhme is the same one but after we change it to past tense and more than one goose, it's different! Well, I'm in the middle of lessons right now. So sorry for the grammatical mistakes. I want to make the simple sentences first before I proceed to complex sentences. Yeah, yeah. I know. A kindergarden kid can do much better than that. Heheheh. It's ok. Maybe this is the time; the time for me to take seriously in learning English language. Oh my! I feel like that I have to adjust my sentence so many times! Please correct my mistake if I do have it.

TERASA SANGAT POSITIF

Image
Sudah dua hari berada di rumah. Mata sudah pun bertentang dengan skrin laptop , jari sudah bersedia ingin menari di atas papan kekunci namun semangat itu hilang tiba-tiba. Idea juga turut terbang entah ke mana. Aku jadi blur kejap. Entah. Tak tahu kenapa dan mengapa. Pagi ini, baru terasa ingin menaip. Hehehe.  Semalam di universiti, IC dan cover phone aku hilang. Aku tak perasan IC hilang tapi cover phon e hilang aku perasan. Jadi aku buat biasa sajalah. Jodoh tak lama dengan phone aku tu. Masa aku sibuk mengemas barang untuk dibawa pulang ke rumah, aku terima satu panggilan. Dari Main Security universiti aku dan menceritakan hal sebenarnya. YA ALLAH. Macam mana aku boleh tak perasan IC aku hilang??? :( IC tu aku masukkan dalam cover phone tu sebab aku gunakan IC untuk urusan buat akaun bank baru. Cuai. Ya, memang aku cuai. Terus aku kelam kabut bersiap dan dengan langkah yang sangat laju, aku bergerak keluar bilik aku. Sebenarnya, aku kurang pasti butir di mana Main Security b

WORDLESS MORNING #55

Image
-------------------------------------------- YF : Ok, that's scary.

MENCARI DIRI DI SINI

Image
ALHAMDULILLAH. Dapat juga aku menaip. Setelah seminggu lamanya meninggalkan blog kesayangan. Hahaha. Taklah lama sangat, kan? Seminggu. Banyak perkara telah berlaku terhadap diri aku. Terlalu banyak. Ya. Sampai sekarang, masih tidak percaya kaki ini telah pun melangkah ke universiti ini. Umpama impian yang sekadar main-main, menjadi kenyataan. Walaupun begitu, aku terpaksa melalui satu semester ini dengan menghadiri kelas Bahasa Inggeris sahaja kerana untuk memasuki kuliah, wajib melepasi Band 6 untuk English . Tapi, tidak mengapa. Bila lagi aku nak belajar English kalau tak terdesak, kan? I have too. I must too. Sekarang ni, sedang belajar untuk bercakap dalam English . Memang tunggang terbalik dibuatnya. Harap dapat exit untuk semester seterusnya. Fuh! Doakan aku ya? Roomates . ALHAMDULILLAH. Semuanya ok. Dalam bilik aku ada 4 orang termasuk aku. Mereka bertiga masing-masing dari KUIS. Berumur 21thn. Muda setahun dari aku. Tapi aku masih boleh ngam dengan mereka. Syukur. Bili

MUNGKIN TIDAK SEAKTIF DULU

Image
Sedih untuk aku taip entri kali ni. Hari ini aku bakal bergelar pelajar semula. Kursus aku pula mungkin agak susah. Ya. Bagi akulah. Subjeknya pula mungkin ada tambahan. Jadi, mungkin tiada kelapangan untuk seaktif dulu. Entri akan dibuat tapi tidak sekerap dulu. Tidak semeriah dulu.  Aku akui, aku akan merindui zaman kemeriahan itu. Zaman ketidakkesahan aku terhadap waktu malam mahupun siang. Fuh. Beratnya jari ini ingin menaip. Cuma pinta aku kepada para pembaca sekalian. Doakan aku semoga berjaya mengharungi dunia baru dan dugaan yang baru juga. Mungkin ini adalah langkah aku yang paling terbaik pernah aku lakukan. Aku bersyukur kepadaNya kerana memberikan aku peluang sebesar ini. Perasaan tidak percaya masih bersarang di dalam jiwa ini. Terasa ingin jaga dari mimpi ini. Tapi inilah realiti. Inilah kehidupan. Semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku ke atas aku kelak. Harap-harapnyalah. Kepada korang semua, teruskan menaip sekiranya mampu. Berikan maklumat yang boleh membantu pemb

WORDLESS MORNING #54

Image
---------------------------------------------------- YF : Alone