Posts

Showing posts from December, 2020

Wajib Ke Simpanan Dizakatkan?

Image
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! YF nak berkongsi dengan korang semua berkenaan zakat simpanan. Pada yang belum tahu, di dalam Rukun Islam, zakat merupakan yang keempat penting untuk dilaksanakan oleh umat Islam sekiranya melebihi syarat yang diperlukan. Tapi memang wajib ke kena bayar zakat simpanan ni? Ia akan jadi wajib jikaaa…… Apa Syarat Wajib Zakat Simpanan? i. Cukup nisab - Bersamaan nilai simpanan berjumlah RM85 gram emas mengikut harga pasaran semasa ii. Cukup haul - Cukup tempoh setahun simpanan Ada Dalil Wajib Zakat iaitu: Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham, dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zak

Rancang Wasiat: Sediakan Payung Sebelum Hujan

Image
  Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Dulu-dulu, YF memang tak ambil kisah sangat pasal wasiat ni. Sebab fikir, orang-orang tua je yang kena fikir benda macam ni. Teruk kan? Tapi bila dah sedar betapa pentingnya pengurusan harta dan wasiat, YF kena berfikir ke depan lagi. Lagi-lagi bila dah berkahwin ni, dan insyaAllah mungkin keluarga akan menjadi lebih besar nanti, banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Lagipun, ajal kita, hanya Tuhan yang tahu. Mungkin esok, mungkin kejap lagi. Betul tak? Lagipun, kalau kita buat perancangan wasiat dengan lebih awal dan teratur, kita boleh menyenangkan urusan untuk selesaikan tanggungjawab yang tergantung seperti hutang piutang, kebajikan ibu bapa, atau pun anak bila kita dah tiada kelak. Bukan nak cakap harta YF ni bergelimpangan. Tidak. Cuma sekadar untuk mengurangkan beban orang-orang tersayang. YF pun tak naklah nanti ada pula pertelingkahan sesama keluarga. Satu hal pula nanti bermasam muka kerana harta dunia ni. Tak boleh