Mendidik Masyarakat Dengan Kad Digital dan Mobile Apps "NGO Negaraku"
Baca je perkataan Negaraku tu, dah terngiang-ngiang kat telinga lagu Negaraku oleh Faizal Tahir. Hahahah! Memang patriotik betul rasa. Hidup Malaysia! Eh. Over lah! Sajalah nak bagitahu kan, Sabtu lepas, aku berkesempatan pergi ke Majlis Perasmian Program Komuniti Digital "NGO Negaraku" Peringkat Parlimen Setiawangsa yang diadakan di Dewan Sri Iskandar, Setiawangsa. Program ini diterajui oleh Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiawangsa iaitu YB Dato' Ahmad Fauzi Zahari serta Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, YB Senator Datuk Seri Hj. Abdul Halim Bin Abdul Samad. Aku pun first time tahu pasal program ni tau. Gigih aku nak faham macam mana nak guna kad digital ni sebenarnya. Hahahaha. Prinsip Program Komuniti NGO Negaraku Kenapa aku kata kad ni boleh mendidik masyarakat? Ialah. Masyarakat boleh menggunakan kad ni dengan tujuan yang lebih berfaedah dan menguntungkan diri sendiri juga. Selain m enghubungkan Kerajaan, NGO