AKU SEORANG PENGANGGUR
Fuh!!! Hari ini, secara rasminya aku menjadi seorang PENGANGGUR kembali setelah bergelumang dengan dunia kerjaya selama 1 tahun 3 bulan sebagai Purchasing Assistant . Eh! Kenapa aku jadi penganggur ya? Siapa yang rajin jengah blog aku ni, pasti tahu. Takpe. Aku bagitahu sekali lagi ek. Aku bakal menyambung pengajian ke peringkat ijazah di salah sebuah universiti di dalam Selangor. Universiti apa, segan aku nak bagitahu. Hehehe. Selama 4 tahun akan berhempas pulas untuk menjadi seorang graduan sekali lagi. Doakan aku ya? :) Walaubagaimana pun, perasaan sedih untuk meninggalkan syarikat tersebut masih terasa hingga sekarang. Dalam masa seminggu yang lepas, aku diberikan pelbagai hadiah. Syukur dengan rezeki yang diberikan. Terima kasih semua! Ada yang mengalirkan air mata sebab aku dan Shakira akan berhenti dari syarikat itu. Terharu aku dibuatnya. T.T Banyak ilmu yang telah aku perolehi. Banyak perkara yang telah pelajari. Dari segi kerja, persekitaran dan permasalahan aku cuba...