Posts

Showing posts from December 9, 2021

Gajet, Kesan & Cara Jaga Mata Kanak-kanak

Image
Penggunaan gajet ketika pandemik ni merupakan satu keperluan untuk semua peringkat umur, terutamanya kanak-kanak. Aku perasan benda ni sebab ibu aku ada jaga 2 orang kanak-kanak ni, 6 tahun & 11 tahun. Dari pagi hingga petang,  menghadap skrin iPad atau pun phone . Kelas dari pihak sekolah. Kelas tambahan. Kelas agama dan mengaji. Belum campur main game online lagi. Iyalah. Budak-budak kan. Dahla tak pergi sekolah. Tak jumpa kawan-kawan yang sebaya. Tak boleh keluar jalan-jalan ke apa. TV pun diorang dah bosan tengok. Yang diorang suka, game online . Fuh. Kecik-kecik dah ada eyebag . Ini masa total lockdown itu harilah. Sekarang ni, dah kurang sikit sebab sekolah dah dibuka semula kan. Tapi masih lagi kena kawal dan pantau.  Hari tu, aku sempat join seminar online oleh Dr.  Mohd Hafidz Ithnin iaitu salah seorang Pakar Mata di Optom Eyecare dan Pensyarah UIAM,  Kuantan, Pahang. Tajuknya sangat sesuai dengan keadaan yang aku ceritakan tadi.  Bagi aku, peranan ibu bapa dan orang