Posts

Showing posts from 2022

Usaha MAIS & Agensi Terlibat Bantu Keluar Dari "Belenggu" Masalah Sosial

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Entri kali ni, YF nak berkongsi usaha-usaha yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan dengan sokongan agensi berkaitan untuk membantu golongan yang terjebak dengan masalah sosial mencari jalan keluar dari "dibelenggu" selamanya. YF pun baru tahu juga inisiatif MAIS ni sebab mengikuti satu slot Webinar Baitul Ehsan, anjuran MAIS di Facebook bertajuk "PELENCONGAN SOSIAL, DIMANAKAH KESUDAHANNYA?" Terima kasih untuk para panel yang terlibat dalam menjayakan webinar ini yang fokusnya pada isu "PELENCONGAN SOSIAL" di dalam komuniti Islam. Webinar ini turut berkongsi usaha-usaha yang telah dilakukan untuk membantu golongan ini di Negeri Selangor khususnya. Berikut senarai panel dan moderator webinar Siri 2: 1) Ustaz Rif’at Basya bin Halik Bassah (Pegawai Hal Ehwal Islam Undang-Undang Keluarga, Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Negeri Selangor) 2) Saudara Ahmad Faizal bin Awang

Taksir Zakat Boleh Menang Motor Anjuran LZS

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Bila terbaca je mana-mana sosial media Lembaga Zakat Selangor ( LZS ) , automatik YF akan refresh semula part mana yang terlupa, terlepas, tertangguh, segala TER lah kan. Itulah bagusnya kegunaan sosial media, ye dak? Bukan apa, kita kan kena sentiasa mengingatkan dan mengingati sesama sendiri. Barulah hidup aman sentosa atas dunia ni. Aminnn! Tapi Apa Taksir Zakat Ni? In short , ia adalah satu proses di mana seseorang individu itu perlulah mengemukakan maklumat pendapatan sendiri bagi tujuan tersebut. Bukan pendapatan orang lain plak tau. Lari tajuk dah tu. Tsktsktskts! Korang boleh menggunakan kalkulator zakat di website LZS atau muat turun je aplikasi LZS dalam phone . Ikutlah nak buat kat mana yang lebih selesa dan mudah untuk korang. Janji kena ikut step sampailah keluar resit bayaran sebagai bukti yang korang dah pun melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Hah gituuu. Menggunakan website LZS: Taksir Jenis Zakat 👇 EZakatP

BUTA DISEBABKAN KENCING MANIS?

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Bila bercakap pasal kencing manis atau diabetis ni, yang ada dalam fikiran kalau luka dekat mana-mana bahagian tubuh badan, susah nak sembuh. Kalau susah nak sembuh, kebarangkalian anggota badan tu nak dibuang sangat tinggi. Tapi kali ni, YF nak kongsikan satu anggota badan lain yang boleh terkena 'tempias' kesan penyakit ni iaitu MATA. Secara umumnya, d iabetis akan menyebabkan salur darah rosak dan darah menjadi pekat sehingga aliran darah di dalam badan menjadi sangat perlahan. Impak kerosakkan salur darah menyebabkan organ-organ penting dalam badan termasuk mata akan mengalami masalah kekurangan bekalan oksigen. Hal ini secara tak langsung boleh mengakibatkan retina mata rosak, dan akan dianggap sebagai salah satu komplikasi diabetis iaitu  Retinopati  Diabetik . Antara  komplikasi diabetis seperti di bawah: Neuropati Diabetik - kerosakan saraf Nefropati Diabetik - penyakit buah pinggang Jenis Retinopati Diabetik Berdasarkan porta

Carpal Tunnel Syndrom Undang Sakit Leher

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Kenapa aku cakap pasal Carpal Tunnel Syndrom (CTS) ni? Hurm. Sebenarnya, aku dah lama ada CTS ni yang kena dipergelangan tangan kanan aku. Apa kebendanya tu? Heh. Aku pun tak tahu benda ni dulu. Terpaksalah Google kan. Orang kata, dah terhantuk, baru terngadah. Huuuu. Tapi, aku juga dah disahkan oleh doktor yang aku mengalami CTS. Bukan disahkan oleh Google ya. Itu sekadar pencarian maklumat saja. Jadi, Occupational Therapist dekat klinik kesihatan tu pun cadangkan pakai hand guard untuk kurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan. Hand Guard yang aku beli ni bawah RM100 di farmasi Aku tak berapa nak reti explain guna bahasa sains tinggi ni. Aku mudahkan je lah ya. Berdasarkan gambar bawah ni, korang akan nampak dekat area saraf Median tu akan berlaku himpitan  yang menyebabkan rasa sakit dan kebas. Jadi, jari yang paling terganggu adalah 3 jari pertama di mana letaknya saraf Median tu tadi. Gambar:  https://my.clevelandclinic.org/ Aku perasa