Posts

Showing posts from July 27, 2011

TWITTER ADA HAD UNTUK UPDATE STATUS KE???

Image
" You are over the daily limit for sending Tweets.  Please wait a few hours and try again.  Learn more " Peh!!! Berapi je aku bila aku dapat statement macam ni!! Hahahaha!! Tak ku sangka, TWITTER pun ada had-had dia yang tak boleh kita atasi. Cewah! First time ni dapat! Hahahaha! Apa pun tak boleh! Baru nak jadi Queen Timeline . Kehkehkehkeh! Twit guna text pun tak boleh gak. Haiyaaaa! So, apa nak buat ni? Buat bodoo je lah ek. XD ASSALAMUALAIKUM --------------------------------------- YF : Past is past. Present and future is more important.

KERANA ORANG KATA

Image
Apabila orang kata itu, kita cuak. Apabila orang kata ini, kita gelabah. Kenapa kita perlu rasa itu semua? Sedangkan mereka sedikit pun tak tahu apa yang kita rasa. Mereka tak lalui pun apa yang kita lalui.  Ya. Mungkin mereka ada pengalaman. Mungkin mereka lebih mengetahui. Mungkin juga mereka itu penuh ilmu di dada. Adakah itu alasan untuk mereka menakut-nakutkan perasaan kita? Mungkin mereka tidak sengaja berbuat demikian tetapi hati kita saja yang teremosi sedikit. Mungkin. Kita pula senang sekali terpengaruh dengan orang kata. Benar atau salah kita pun tidak pasti. Terus sahaja percaya bulat-bulat. Adakah itu yang patut kita lakukan? Mengangguk dan menggeleng? Tidak! Jika orang kata itu salah, kita kena buktikan perkara itu benar-benar salah.  Jika orang kata itu betul, kita kena pastikan perkara itu benar-benar betul. Jika orang kata itu susah, cuba dulu baru tahu. Jika orang kata itu senang, buat dulu baru tahu. Adakah ini tindakan yang normal? Sudah pasti! Sebab itulah rasi

WORDLESS MORNING #23

Image
------------------------------------------------------ YF : Seni itu unik