Posts

Showing posts from September 16, 2022

Usaha MAIS & Agensi Terlibat Bantu Keluar Dari "Belenggu" Masalah Sosial

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Entri kali ni, YF nak berkongsi usaha-usaha yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan dengan sokongan agensi berkaitan untuk membantu golongan yang terjebak dengan masalah sosial mencari jalan keluar dari "dibelenggu" selamanya. YF pun baru tahu juga inisiatif MAIS ni sebab mengikuti satu slot Webinar Baitul Ehsan, anjuran MAIS di Facebook bertajuk "PELENCONGAN SOSIAL, DIMANAKAH KESUDAHANNYA?" Terima kasih untuk para panel yang terlibat dalam menjayakan webinar ini yang fokusnya pada isu "PELENCONGAN SOSIAL" di dalam komuniti Islam. Webinar ini turut berkongsi usaha-usaha yang telah dilakukan untuk membantu golongan ini di Negeri Selangor khususnya. Berikut senarai panel dan moderator webinar Siri 2: 1) Ustaz Rif’at Basya bin Halik Bassah (Pegawai Hal Ehwal Islam Undang-Undang Keluarga, Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Negeri Selangor) 2) Saudara Ahmad Faizal bin Awang