Posts

Showing posts from May, 2019

Lembaga Zakat Selangor Prihatin Dengan Pendidikan Golongan Kurang Berkemampuan

Image
Assalamualaikum! Seperti sedia maklum, pendidikan tersangatlah penting untuk diberikan kepada anak-anak, tidak kisahlah dari golongan mana sekalipun. Setuju tak dengan YF? 🙋 Pada yang berkemampuan, Alhamdulillah diberikan kemudahan dan kelapangan kan. Yang tak berkemampuan pula? Bagaimana? Terpaksa memandang rakan-rakan sebaya lain pergi ke sekolah lengkap berpakaian seragam dengan pandangan yang sayu. Allahu. Sedihnya. 😭

Jom Kongsi Rezeki Dengan Applikasi Oh! Free Food

Image
Assalamualaikum! Rasanya belum terlambat YF nak ucapkan Selamat Berpuasa pada semua pembaca blog YF, khususnya yang beragama Islam. Jangan curi-curi makan tau? Ihiks! Okaylah. Bulan puasa ni sangat sinonim dengan syurga makanannya. Kat bazaar tu, rasa macam nak beli semuakan. Kalau tak beli pun, mesti dari Subuh lagi, dah fikir siap-siap nak masak lauk apa untuk berbuka nanti. Tup tup, terlebih masak. Ish ish ish! Mesti ada makanan yang tak terusik pun selepas berbuka. Kan dah membazir namanya tu? Hah! Nak elakkan daripada terus membazir, apa kata kita berkongsi rezeki makanan yang berlebihan dan masih elok tu kepada orang sekeliling kita. Betul tak? Nak lagi senang, kita kongsi rezeki kita tu dengan menggunakan aplikasi Oh! Free Food. Applikasi apa tu? Konsep Oh! Free Food Bagi YF, aplikasi ini merupakan satu cara untuk kita memberi dan bersedekah kepada orang yang lebih memerlukan atau berada dalam kesusahan. Kita selalu bersedekah dengan memberikan duit kepa