Posts

Showing posts from August, 2011

LADY GAGA VS ADELE

Image
Aku seorang pengguna TUMBLR . Jadi agak rajin jugalah mengusha dashboard tumblr walaupun sekadar melihat dan tidak melalukan sebarang aktiviti LOVE atau REBLOG.  Dan aku terjumpa satu post ni. Hahahah! Agak lawak juga kot. Iyelah. Apabila pendapat yang kita berikan boleh membuatkan orang rasa down atau sedih. Tapi ini lain sikitlah. Sebab orang yang dikomen tu membalas semula pendapat tadi dengan begitu yakin dan jitu. XD Di bawah ni adalah pendapat LADY GAGA. Siapa peminat dia, boleh baca komen dia yang sangat tak berasas ni. Jom baca plak balasan dari ADELE. Terbaik tak? :P Kesimpulannya, walaupun kita ni popular, bagus, hebat, cantik, berharta atau pun sebagainya, kita tak perlulah hina atau merendahkan apa yang ada pada orang lain. Lepas tu, kata diri sendirilah yang bagus. Diri sendirilah yang terbaik. Ah sudah. Haru-haru. Ye lah, kita kat dunia ni mana nak kat atas je kan. Kadang-kadang, terkena juga kat bawah. Ye tak? Fikir-fikirkan ya? :) ASSALAMUALAIKUM -------

WORDLESS MORNING #53

Image
------------------------------------------------ YF : Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

WORDLESS MORNING #52

Image
---------------------------------------- YF : Berkawan bukan pada paras rupa

PERSOALAN HATIKU

Image
Celaru fikiranku Serabut mindaku Hati tak keruan Jiwa gundah gulana Rasa semakin hilang Dibawa arus kebosanan Hari tetap laju berlari Masa tetap tidak menoleh Tapi mengapa aku tetap di sini Tapi mengapa aku tetap di sini Semakin lama hati mendesak Semakin lama akal menghimpit Semakin lama jiwa memberontak Semakin lama tiada arah tujuan Dimanakah takdirku Dimanakah hidupku Dimanakah destinasiku Dimanakah pengakhiranku Pada Dia ku memohon Pada Dia ku merayu Pada Dia ku mengadu Pada Dia ku berserah Berikan aku kebahagiaan Berikan aku ketenangan Berikan aku kesejahteraan Berikan aku keselamatan Tapi segalanya tersekat Dihujung kerongkong Namun tetap terlintas diakal Namun tetap terungkap dihati Setiap tanda tanya ada noktahnya Setiap persoalan ada jawapannya Setiap kejadian ada hikmahnya Setiap permulaan ada akhirnya  -------------------------------------------------- YF : Mencari ilhamku

WORDLESS MORNING #51

Image
-------------------------------------------- YF : I'm flying without wings

A LETTER FROM BRAIN TO HEART

Image
---------------------------------------------- YF : Skyscrapper

LANGUAGE OF A TEENAGE GIRL

Image
------------------------------------- YF : Completely LOST

WORDLESS MORNING #50

Image
----------------------------------- YF : Memories

THINGS THAT KEEP ME UP AT NIGHT

Image
-------------------------------- YF : You deserve better

WORDLESS MORNING #49

Image
------------------------------------- YF : Distressful 

AKU TAK KISAH DENGAN HUBUNGAN JARAK JAUH

Image
Aku akan merinduimu Sentiasa dihati aku Sentiasa dalam fikiran aku Sentiasa dan sentiasa Aku akan mengingatimu Tanpaku jemu Tanpaku muak Tanpaku jelak Sekadar jauh Apalah sangat Ada rezeki Pasti bertemu Sabar ya wahai kasih Kita tetap akan bersama Seperti selalu Saling memerlukan Aku pergi untuk menyesuaikan diri Di tempat baru Orang baru Suasana baru Kau khuatir ya? Jangan bimbang Kau tetap dihatiku Ku harap kau juga begitu Sabar menanti kehadiranku Kelak kita tetap bersama Dengan adanya internet dan lap top Oh BlogKu ---------------------------------------------- YF : Jangan kau tangisi pemergianku

WORDLESS MORNING #48

Image
------------------------------------- YF : I want that feeling That kind of feeling

KELALAIAN YANG MENAKUTKAN

Image
Hari ini aku telah melakukan sesuatu tanpa aku sedari. Aku lakukan di luar kawalan aku. Aku terkejut. Panik. Hampir-hampir mengadakan suatu kisah yang tidak elok untuk didengari. Namun, aku masih di sini. Masih bernafas. Masih boleh menaip dengan lancarnya. Masih boleh berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Aku masih di sini.  Aku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuranku kepadaNya kerana telah menyedarkan aku dan menarik aku kembali ke alam sedar. Istighfarku dengan rendah dirinya. Terasa seperti diberikan peluang baru untuk memperbaiki kesilapan dan kekhilafan lampau. Maafkan aku. Debar jantungku masih berdetak dengan laju tika ini. Mengenang kembali peristiwa yang berlaku dengan pantas dan sekelip mata. Mujur. Segalanya mujur. Terdiamku sejenak. Ku akur dengan kehendakMu YA ALLAH. ASSALAMUALAIKUM --------------------------------------------------- YF : Tetapku di sini

WORDLESS MORNING #47

Image
--------------------------------------- YF : Jalan yang dipilih adalah atas pilihan kita sendiri

WORDLESS MORNING #46

Image
------------------------------------- YF : Kan ku seberangi lautan dalam demimu - METAFORA

AKU SEORANG PENGANGGUR

Image
Fuh!!! Hari ini, secara rasminya aku menjadi seorang PENGANGGUR kembali setelah bergelumang dengan dunia kerjaya selama 1 tahun 3 bulan sebagai Purchasing Assistant .  Eh! Kenapa aku jadi penganggur ya? Siapa yang rajin jengah blog aku ni, pasti tahu. Takpe. Aku bagitahu sekali lagi ek. Aku bakal menyambung pengajian ke peringkat ijazah di salah sebuah universiti di dalam Selangor. Universiti apa, segan aku nak bagitahu. Hehehe. Selama 4 tahun akan berhempas pulas untuk menjadi seorang graduan sekali lagi. Doakan aku ya? :) Walaubagaimana pun, perasaan sedih untuk meninggalkan syarikat tersebut masih terasa hingga sekarang. Dalam masa seminggu yang lepas, aku diberikan pelbagai hadiah. Syukur dengan rezeki yang diberikan. Terima kasih semua! Ada yang mengalirkan air mata sebab aku dan Shakira akan berhenti dari syarikat itu. Terharu aku dibuatnya. T.T Banyak ilmu yang telah aku perolehi. Banyak perkara yang telah pelajari. Dari segi kerja, persekitaran dan permasalahan aku cuba unt

WORDLESS MORNING #45

Image
---------------------------------------- YF : Telah ku rasa kekecawaan itu

WORDLESS MORNING #44

Image
--------------------------------------- YF : Benarkanku berlalu pergi

WORDLESS MORNING #43

Image
--------------------------------------------- YF : Creepy!!!

I THINK IT'S SO STUPID WHEN . . .

Image
Bila imaginasi dah melampaui fikiran normal...macam nilah gayanya....hahahaa!!  ASSALAMUALAIKUM ----------------------------------------------- YF : Reality is cruel

TIADA PENGHUJUNGNYA

Image
Sekian lama Masih merasai itu Rasa kecewa Rasa duka Dadaku kian sesak Nafasku tersekat-sekat Badanku menggeletar Tapi kaku tidak mampu bergerak Otakku ligat berfikir Hatiku kian mengenang kisah silam Serabut Aku serabut Ketenangan kian direnggut Kebahagian kian jauh Akhirnya? Tiada akhirnya Tiada penghujungnya Aku tetap akan begini Keseorangan ------------------------------------------- YF : Indah mimpi, ngerinya realiti

WORDLESS MORNING #42

Image
------------------------------------- YF : Tears of mine

ALAM KEDEWASAAN

Image
Dewasa Aku tidak mahu jadi dewasa Aku tidak ingin komitmen Aku tidak rela dibebani pelbagai masalah Dewasa Semakin meningkat umur Semakin rumit masalah yang aku alami Baik dalam mahupun luar Baik nyata ataupun fantasi Dewasa Terlalu sukar untuk difahami Mungkin akalku masih ditakuk remaja Zaman remaja yang masih subur dalam jiwaku Dewasa Gementar ingin melangkah ke alam perkahwinan Itupun sekiranya sempat hidup di bumi Allah Namun tidak juga ku pinta untuk bertemu jodoh Dewasa Boleh jadi gila dibuat Terlalu banyak tekanan Wang, harta Semuanya menjadi kepentingan Dewasa Ah! Apa itu dewasa??? ---------------------------------------- YF : Berjuta bintang di langit tapi hanya satu yang terpaut dihati

WORDLESS MORNING #41

Image
------------------------------------------------ YF : Tanpamu ibarat jantung tiada degupan

WORDLESS MORNING #40

Image
------------------------------------- YF : As cold as my heart

WORDLESS MORNING #39

Image
------------------------------------------ YF : Jalan kita masih seiring, kan?

10 REASONS TO SMILE

Image
------------------------------------------- YF : Come on people, live with your own life!

EH, JANJI TU APA?

Image
Eh, sedapnya janji tu Boleh buat lagi? Buat banyak-banyak ya Tak sabar nak pegang Eh, janji tu senang tak nak buat? Senang je? Ye ke? Buat macam mana ye? Oh, dengan kata-kata ye? Eh, janji tu asyik lari-lari je Tak dapatlah nak pegang ketat-ketat Kenapa macam tu? Sebab tak sungguh-sungguh kot bila buat janji tu Oh, macam tu ke? Eh, janji tu asyik bertukar rupa la Kenapa ek? Sebab yang membuat janji tu serabut Banyak sangat kot janji yang dia buat Eh, kejap-kejap Janji tu apa? Keliru lah! Macam mana nak bezakan janji tu? Betul ke? Palsu ke? Susahlah macam ni Kalau macam tu Tak nak buat janji lah! Buat orang pusing je tau ------------------------------------ YF : No promises

WORDLESS MORNING #38

Image
-------------------------------- YF : I shouldn't LOVE you

MASIH BERHARGAKAH UNGKAPAN ITU?

Image
Ungkapan apakah? Ungkapan itu Yang sering dijaja, dipromosi ke hulu hilir Oleh remaja belia yang masih mentah  Konon tahu apakah ungkapan itu Matang dewasa apa kurangnya Ungkapan itu jadi rakaman dibibir Benar atau dusta Siapa yang tahu Yang mendengar cair bak lilin di kelam malam Padahal dah sering berlagu di telinga Hampir bernanah pun suka juga mendengarnya Berhargakah? Mungkin Jika ia tulus dan murni Jika ia mengerti apa maksudnya Jika ia merasa kesahihanya Sudah turun harga? Mungkin  Jika ia sekadar mainan Jika ia cuma propaganda meraih belaian murahan Jika ia beralaskan lapik nista Berapa ramai mangsa Berapa kali diulang Masih berhargakah ungkapan itu? ---------------------------------- YF : Sengaja mencari pasal

WORDLESS MORNING #37

Image
------------------------------------------------ YF : Too many expectations 

WORDLESS MORNING #36

Image
-------------------------------------------------- YF : Inginku menongkah arus

PANTAI ITU MENUNGGU

Image
Duluny pantai itu tenang Suci dari segala rasa Indah dari segala noda Pantai itu terlalu indah Terasa orang yang berhak saja Layak berdiri di pantai itu Masa beralih arah Pantai itu kian kotor Berbagai ragam telah dirakam Berbagai nista telah dicoret Pantai itu malu Tersangat malu Malu ditegur oleh siang Malu disapa oleh malam Tapi pantai itu tetap mengalir Meneruskan hidup yang sudah hitam Bertemankan bayu yang memahami nasib Pantai itu Terasa sepi Matahari sekadar mainanya Rembulan sekadar peneman tidurnya Pantai itu menunggu  Pelangi indah Yang pernah singgah seketika Cuma seketika Meninggalkan parut yang tidak mampu dihakis Pantai itu menunggu Pelangi indah Agar bisa pantai itu tersenyum Agar bisa pantai itu bergurindam Nyata pantai itu runsing Gundah gulana persisiranya Ombak kian ganas menghentam Terasa tidak layak menikmati pelangi Pantai itu Hanya mampu menunggu Bersama desir angin yang menghela Menanti warna-warni pelangi --------------------------------------------

WORDLESS MORNING #35

Image
---------------------------------------------------- YF : Runaway

WORDLESS MORNING #34

Image
------------------------------------------ YF : Selamat ya 

WORDLESS MORNING #33

Image
-------------------------------------- YF : I need that so much!!!

DIRI AKU YANG SEBENAR

Image
Jujur. Aku seperti itu. Aku tak tipu. Sampai sekarang tak berubah-ubah. Hari-hari kena marah sebab aku selalu buat macam tu. Tapi tak pernah rasa serik. Best kan dapat buat macam tu? Cukup mana pun aku tidur. Kurang mana pun aku tidur. Pasti. Mesti. Akan buat begitu. Kalau terlajak begitu, baru tergopoh-gapah cari tuala. Apa nak jadi? Aku pun tak tahu.  Diri aku dah tanamkan azam. Tapi tak tumbuh. Kurang baja kot. Atau kurang air. Atau kurang kasih sayang. Takkanlah. Teruknya diri aku yang sebenar ni. Tak nak diri aku yang sebenar yang hodoh ni. Boleh ubah tak? Harus boleh. Tapi tekad tak cukup lagi agaknya. Mana nak cari tekad ya? Dalam diri aku juga ke? Susahlah nak cari. Kena menyelam dalam diri sebenar baru boleh jumpa. Mesti lamakan? Usaha nak jadi diri aku yang sebenar.  Tapi nak diri aku yang sebenar jauh lebih baik dari ini. ASSALAMUALAIKUM ---------------------------------------------- YF : Jujur itu mesti

BUDI ITU HODOH

Image
Budi itu sangat hodoh Kalau si pemberi tidak ikhlas Budi itu sangat hodoh Kalau balasan diharapkan Budi itu sangat hodoh Kalau segalanya diungkit Budi itu sangat hodoh Kalau menganiaya sesama sendiri Budi itu sangat hodoh Kalau diselangi dengan kutukan Budi itu sangat hodoh Kalau kepentingan diri diutamakan Budi itu sangat hodoh Dan sudah pasti itu bukan budi namanya Itu namanya JUAL IKAN ------------------------------------- YF : Jangan ikutkah hati kelak badan binasa

WORDLESS MORNING #32

Image
---------------------------------------------- YF : Sendiri menanggung sakit

WORDLESS MORNING #31

Image
-------------------------------------- YF : The road not taken

ILHAMKU

Image
Ilham bukan sebarang ilham Ilham datang dari empunya sekalian alam Kadang sedikit Kadang membukit Selalu ku luahkan Sering juga ku pendamkan Inginku kongsi Inginku sembunyi Dibukukan terasa segan Disimpan takut dilupakan Ilhamku ambil dari sekalian alam Sekalian alam yang punya 1001 kisah Biarku gambarkan dalam cerita Cerita itu Olahanku Ilhamku ------------------------------------------- YF : Kagum dengan penulisan Zahiril Adzim

WORDLESS MORNING #30

Image
------------------------------------ YF : Sahabat tetap sahabat

WORDLESS MORNING #29

Image
----------------------------------------- YF : Whatever may happen

LELAKI PUN ADA WAKTU UZUR

Image
Upppss!!!sensitip gila perkataan UZUR tu YF!!! Heh, siapa yang terasa tu silakan terus terasa. Entri ini untuk sekadar ingat mengingati. Bulan mulia ni, janganlah tak puasa ya. Rugi kot tak puasa penuh . Ya tak? Para wanita pasti setuju dengan statement itu. Termasuklah aku. #winkwinkwink Memang tak dinafikan, ada juga tidak berpuasa atas sebab kesihatan. Itu dikecualikan lah. Tapi tang yang berpura-pura UZUR tu, macam mana nak selesaikan masalah "kewanitaan" mereka itu? Nak bagi pil ke? Aku pun tak makan. Heheheh. Mungkin kerana mereka penat kot. Mungkin juga kerana mereka suka-suka kot. Mungkin ikut kawan kot. Mungkin dan mungkin. Tapi adakah segala kemungkinan itu dapat menidakkan RUKUN ISLAM yang ketiga itu? Aku bukan ustazah. Bukan juga pakar motivasi. Aku sekadar sahabat yang ingin menegur dan ditegur andai perkara itu salah mahupun tidak benar. Masih berusaha untuk menjadi seorang yang mukminah. INSYAALLAH. Korang tengah berusaha juga tak? :)) ASSALAMUALAIKUM.