Posts

Showing posts from December 13, 2020

Wajib Ke Simpanan Dizakatkan?

Image
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! YF nak berkongsi dengan korang semua berkenaan zakat simpanan. Pada yang belum tahu, di dalam Rukun Islam, zakat merupakan yang keempat penting untuk dilaksanakan oleh umat Islam sekiranya melebihi syarat yang diperlukan. Tapi memang wajib ke kena bayar zakat simpanan ni? Ia akan jadi wajib jikaaa…… Apa Syarat Wajib Zakat Simpanan? i. Cukup nisab - Bersamaan nilai simpanan berjumlah RM85 gram emas mengikut harga pasaran semasa ii. Cukup haul - Cukup tempoh setahun simpanan Ada Dalil Wajib Zakat iaitu: Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham, dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zak