Wajib Ke Simpanan Dizakatkan?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!


YF nak berkongsi dengan korang semua berkenaan zakat simpanan. Pada yang belum tahu, di dalam Rukun Islam, zakat merupakan yang keempat penting untuk dilaksanakan oleh umat Islam sekiranya melebihi syarat yang diperlukan. Tapi memang wajib ke kena bayar zakat simpanan ni? Ia akan jadi wajib jikaaa……

Apa Syarat Wajib Zakat Simpanan?

i. Cukup nisab - Bersamaan nilai simpanan berjumlah RM85 gram emas mengikut harga pasaran semasa

ii. Cukup haul - Cukup tempoh setahun simpanan

Ada Dalil Wajib Zakat iaitu:

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham, dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Semua jenis wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Kadar nisab tidak tetap untuk setiap tahun. Nisab zakat wang simpanan sama bersamaan nilai 85 gram emas atau 595 gram perak atau zakat dikenakan sebanyak 2.5% ke atas jumlah baki terakhir dalam tempoh setahun simpanan apabila cukup nisab dan haulnya serta menyamai atau melebihi nisab.

Kadar nisab terkini di negeri Selangor untuk tahun 2020 adalah bersamaan dengan RM18,510.72. Manakala pada tahun 2019 pula berjumlah RM13,490.00. Jadi korang kena semak dulu kadar nisab terkini di pejabat zakat untuk menentukan korang ni  memenuhi syarat wajib kelayakan untuk membayar zakat simpanan atau tidak. Kalau jumlah simpanan korang sama atau lebih dari kadar nisab tersebut, WAJIB untuk membayar zakat. Sekiranya kurang, tak perlulah bayar. Simpan duit gunakan untuk keperluan lebih penting ya.

Simpanan Yang Macam Mana Tu?

1. Akaun Simpanan/Akaun Semasa

2. Akaun Mata Wang Asing

3. Deposit Tetap/Deposit Berstruktur

4. Simpanan di Takaful/Insuran (Nilai tunai polisi takaful/Insuran yang boleh dikeluarkan)

5. Jumlah baki KWSP ketika umur 55 tahun ke atas, bagi yang MASIH bekerja selepas umur 55 tahun)

6. Jumlah baki KWSP bagi yang TIDAK bekerja selepas umur 55 tahun

7. Lain-lain tunai (peti besi, simpanan di rumah dan sebagainya)

8. Hutang boleh terima daripada penghutang


Macam Mana Nak Kira Zakat Wang Simpanan?

·   1. Simpanan Tetap

Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.

·   2. Simpanan Biasa

Dikira berdasarkan kepada jumlah baki pada hujung haul.

·   3. Simpanan Dalam Satu Akaun

Sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan pada hujung haul (jumlah tersebut tidak termasuk faedah yang ditolak dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.

4. Simpanan Dalam Beberapa Akaun

Kalau korang ada beberapa akaun simpanan, maka baki pada hujung haul dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun setiap satu akaun mempunyai baki hujung haul yang tidak cukup nisab.


5. Zakat Hutang

Oleh kerana tiada nas yang jelas di kalangan fuqaha berkenaan zakat hutang ni, ia lebih berasaskan kepada zakat perlu dibayar ke atas wang yang dijangka boleh diterima ataupun tidak.

Oleh itu, Majma Fiqh Islami OIC memutuskan:

a) Pemiutang waib membayar zakat setiap tahun, jika penghutang itu boleh membayar hutang tersebut pada tarikh haul pemiuatang.

b) Kalau penghutang itu tidak mampu atau menangguhkan bayaran balik hutang, maka zakat wajib dibayar oleh pemberi hutang setahun selepas penerimaan / bayaran balik hutang tersebut.

Hutang yang boleh ditolak daripada harta wajib zakat adalah hutang yang perlu dibayar segera. Hutang yang pembayarannya bertangguh tidak mengurangkan zakat ke atas harta yang dimiliki tempoh semasa. Oleh itu hutang yang perlu dibayar pada tempoh datang daripada hasil atau harta akan datang tidak boleh ditolak.

Dekat Mana Boleh Bayar Zakat Ni?

1.   Di kaunter pejabat zakat negeri masing-masing

2. Secara online contohnya Lembaga Zakat Selangor di EzakatPay https://fpx.zakatselangor.com.my/

Untuk membayar zakat simpanan ni, kenalah tahu cara pengiraanya. Korang bolehlah gunakan BANTUAN PENGIRAAN di laman sesawang Lembaga Zakat Selangor atau DI SINI untuk mendapatkan kepastian sama ada layak atau tidak.

TAPI, kalau masih ragu-ragu atau was-was dengan hasil pengiraan nisab di lawan sesawang tadi, janganlah berputus asa plak ya.  Korang boleh hubungi Lembaga Zakat Selangor (LZS) atau terus ke kaunter LZS. InsyaAllah pihak LZS akan sedia membantu sama-sama dalam isu pengiraan nisab korang dan lain-lain pertanyaan mengenai zakat. Jadi, jangan serabut kepala sangat. Hahaha!

Seperti biasa, korang boleh layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

Laman Web: www.zakatselangor.com.my | Tel03-8314 2222

Facebook: Lembaga Zakat Selangor | Instagram: @zakatselangor

Twitter: @zakatselangor | Youtube: Zakat Selangor TV

 


------------------------------------------------

YF: Kena mula menyimpan dah ni!

Comments

Mommylin said…
Banyak cara nak berzakat kan... Jom berzakat...

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?