Posts

Showing posts from May 21, 2011

VAMPIRE DIARIES SEASON 2 || HAMPIR KE PENGHUJUNG

Image
Tengok babak kat atas tu...babakbabak yang menyedihkan... Babak di mana seorang sahabat memerlukan sokongan dari yang lain... Siapa yang layan...tahulah... Season 2 ni...bakal hampir ke penghujungnya... Harap Season 3 cepat menyusul... Apa yang ingin aku cuba ceritakan di sini adalah... Apabila seseorang yang kita sayang mengalami kesusahan... Kita sebagai ahli keluarga pasti akan menghulurkan bantuan...betul tak? Bantu dari segi wang sekiranya mampu... Bantu dari segi tenaga sekiranya mampu... Paling kurang pun...menjadi seorang pendengar yang baik... Sampai satu tahap tu... Apabila kita terlalu stres atau sedih... Apa yang kita nak adalah pelukan seseorang... Ibu, ayah, abang, kakak, adik, sahabat, suami atau isteri... Merekalah yang boleh menjadi perantara untuk meringankan beban di dalam hati kita... Tanpa kita bercakap pun...mereka sudah mengerti...yang kita berada dalam kesedihan... Aku berharap...aku juga boleh membantu mereka... Aku akan cuba selagi mampu...INSYAALLAH...

3 SISI SEBUAH KEHIDUPAN

Image
UMUM Semua orang tahu siapa kita... Di mana kita tinggal... Pekerjaan kita... Semua orang tahu apa yang mereka nampak dengan mata kepala mereka sendiri... Semua orang boleh menceritakan kehidupan kita... Dengan hanya melihat... PERIBADI Hanya orang tertentu saja yang tahu apa yang kita lakukan... Keluarga, sahabat terdekat... Mereka saja yang benarbenar ada di sisi kita waktu disaat susah mahupun senang... Merekalah tempat kita untuk bersandar dan memerlukan sokongan untuk mengharungi kehidupan... RAHSIA Diri kita saja yang tahu... Apa yang kita mahu... Apa yang kita fikir... Apa yang kita rasa... Hanya kita saja yang tahu rahsia sebenar hidup kita... Hanya kita...dan Dia... ASSALAMUALAIKUM -------------------------------------------------------- YF : Rocketeer

SAYA PERLUKAN AWAK || AWAK BEGITUKAH?

Image
Terlalu ramai orang yang berada di sekeliling kita...betul tak? Semuanya pun kita kawan...kan? Kita pun tak  naklah bermusuh bagai kan...tak elok.. Tapi orang yang benarbenar kita perlukan... Adalah orang yang memerlukan kita dalam hidup mereka juga... Simple ... give and take ... Give and take ...bukan sekadar dalam percintaan... Dalam segala hal...kita perlu ada sikap ini... Baru keseimbangan perhubungan itu stabil... Namun begitu, dalam Islam... Kita lebih digalakkan untuk memberi daripada menerima... Itulah indahnya Islam... Hargailah mereka yang sedia membantu dalam senang mahupun susah... Bantulah mereka yang berada di dalam kesusahan... Hari ini hari mereka... Hari kita pula...tiada siapa yang tahu... ASSALAMUALAIKUM ------------------------------------------------ YF : Apabila kekecewaan silih berganti dengan harapan