Posts

Showing posts from September 24, 2021

Ambil Tahu Bahaya Kanser/ Barah Payudara!

Image
Assalamualaikum. YF terpanggil untuk buat entri ni selepas YF kehilangan kawan disebabkan kanser atau barah payudara (breast cancer). Masih lagi bersedih sebab baru saja kejadiannya. YF mohon untuk sama-sama kita sedekahkan Alfatihah untuk arwah kawan YF tu, Siti Suhaidah binti Mohd Sumali. Takpelah. Semoga arwah tenang di sana. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminnn. Oleh itu, YF ambil kesempatan ini untuk menyebarkan kesedaran kepada korang betapa pentingnya ilmu pengetahuan berkenaan penyakit ni. Dunia yang serba dihujung jari, pelbagai penyakit yang mudah menghinggap manusia tanpa kira jantina, bangsa, agama mahupun umur. Barah payudara juga tidak terkecuali. Walaupun ahli keluarga tidak mempunyai sejarah barah, jangan seronok dahulu. Walaupun jantinanya lelaki, tak mustahil untuk mempunyai penyakit tersebut. Ya. Itulah barah payudara. Mengikut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia, 1 dalam 32 orang wanita berisiko menghida