Posts

Showing posts from January, 2019

EKSPO HALAL MALAYSIA 2019: BATU LONCATAN UNTUK PENIAGA KECIL & SEDERHANA

Image
Assalamualaikum! Sebagai seorang Muslim, YF dapat simpulkan bahawa status halal sangat dekat dengan diri kita. Di Malaysia, kita tidak lari dari ura-ura ataupun khabar angin mengenai keraguan status halal sesuatu makanan atau restoran di negara kita ni. Tidak kisahlah makanan itu sedap ke, diterbangkan dari negara luar ke, makan di restoran mewah mahupun gerai tepi jalan, itu bukanlah sebab untuk kita mengabaikan status halal. Betul tak? Di zaman yang mementingkan perniagaan sebagai sumber pendapatan utama, ramai  Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berlumba-lumba untuk mengeluarkan pelbagai jenis makanan, minuman mahupun perkhidmatan untuk menarik minat pembeli khususnya pelanggan yang rata-ratanya adalah Muslim. Oleh itu, bagaiman mereka-mereka ini ingin mengetengahkan dan meyakinkan pengguna bahawa produk mereka selamat dan halal untuk digunakan? Nah! Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama agensinya, SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia)