Posts

Showing posts from September, 2021

Ambil Tahu Bahaya Kanser/ Barah Payudara!

Image
Assalamualaikum. YF terpanggil untuk buat entri ni selepas YF kehilangan kawan disebabkan kanser atau barah payudara (breast cancer). Masih lagi bersedih sebab baru saja kejadiannya. YF mohon untuk sama-sama kita sedekahkan Alfatihah untuk arwah kawan YF tu, Siti Suhaidah binti Mohd Sumali. Takpelah. Semoga arwah tenang di sana. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminnn. Oleh itu, YF ambil kesempatan ini untuk menyebarkan kesedaran kepada korang betapa pentingnya ilmu pengetahuan berkenaan penyakit ni. Dunia yang serba dihujung jari, pelbagai penyakit yang mudah menghinggap manusia tanpa kira jantina, bangsa, agama mahupun umur. Barah payudara juga tidak terkecuali. Walaupun ahli keluarga tidak mempunyai sejarah barah, jangan seronok dahulu. Walaupun jantinanya lelaki, tak mustahil untuk mempunyai penyakit tersebut. Ya. Itulah barah payudara. Mengikut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia, 1 dalam 32 orang wanita berisiko menghida

Beli & Terima Barang Hari Sama Guna Grab Express di PG Mall

Image
Assalamualaikum dan hai semua! Korang mesti tahu kan mengenai E-Dagang ( E-Commerce ) yang ditubuhkan di Malaysia, PG Mall ? Walaupun baru saja bertapak pada tahun 2017, jangan terkejut ya, PG Mall dah mengungguli carta sebagai sebagai nombor 1 sebagai E-Dagang dari Malaysia. YF juga nak tambah lagi, PG Mall ni pun bukan calang-calang tau. Di laman sesawang Iprice , ia duduk di tangga nombor 3 menghampiri senarai E-Dagang yang popular ketika ini. 'Angau' Mengesan Barang Dibeli? Kenapa YF cakap angau ya? Teruk betul bunyinya kan. Hahaha. Tapi secara peribadinya, memang terasa angau ya. Resah gelisah, siang malam termimpi-mimpi, menanti ketibaan tukang penghantar bungkusan di tepi pintu. Lepas tu, baru beli hari ni, dah berharap barang tu sampai esok. Alahai. Berhentilah berharap ya. Kalau dapat tu, senyum sampai telinga sis! 😂 Oleh itu, YF sangat tertarik dengan usaha PG Mall dengan menambah sistem penghantaran supaya pengguna setia PG Mall mempunyai lebih pilihan untuk men