Posts

Showing posts from October 13, 2021

Tempah Bingkai Cermin Mata di OPTOM EYECARE BANGI

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Dah nak dekat 3 tahun kot rasanya YF pakai cermin mata sekarang ni. Cermin pun dah calar balar. Hahaha! Mulalah gatal tangan nak tempah cermin mata baru. Lagipun, n ak tahu jugalah perkembangan terkini mata. Rabun makin teruk ke atau masih sama. Almaklumlah, umur makin meningkat. Gaya hidup pun dah berubah sejak pandemik ni. Di rumah kerap sangat menghadap skrin komputer riba saja. Uhuks! Jadi, atas review kawan2 & juga Google Review , YF memilih OPTOM EYECARE Bangi untuk cermin mata yang baru. Yang paling penting, di kedai ini, ada pakar mata atau Optometri . Jangan risau. Mereka ni bukan sebarang pakar mata tau. Mereka merupakan Optometri yang bertauliah dan berpengalaman. Apa itu Pakar Mata (Optometri)? Selepas mendengar sedikit sebanyak penerangan Optometri di  OPTOM EYECARE Bangi   ni, mengikut apa yang YF fahamlah kan. Optometri ni merupakan pakar mata tetapi bukan dari segi klinikal ya. Mereka sekadar membuat saringan pada dasarnya