Segmen #KBBA9 : 10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Keluarga
 
 Masih lagi tercari-cari tempat untuk hangout dengan keluarga pada hujung minggu? Nah! YF nak kongsi 10 tempat menarik di Kuala Lumpur untuk keluarga lepak-lepak, bersenang-lenang, bersuka-ria dan sebagainya. Yang penting, PERCUMA!     1) Dataran Merdeka         Foto kredit : backpackingmalaysia           Tempat ni memang favourite  aku masa kecik-kecik dulu. Hahahah! Bila ada kelapangan, siang mahu pun malam, parents  aku akan bawa ke Dataran Merdeka. Kawasan yang luas dan selesa untuk kanak-kanak bermain sepuasnya.    2) Taman KLCC        Selain melihat menara berkembar KLCC yang gah di tengah Kuala Lumpur, sambil-sambil cuci mata atau window shopping  di dalamnya, jangan lupa untuk singgah di tamannya pula. Baik pada siang hari mahu pun malam, pemandangannya pasti tak jemu dipandang. Gituuu.  3) Galeri Petronas       Foto Kredit : Nazreen Zainurin   Dah alang-alang sampai KLCC, Taman KLCC, apa kata singgah sebentar menikmati seni secara percuma di Galeri Petronas yang berada di Aras...