Posts

Showing posts from 2020

Wajib Ke Simpanan Dizakatkan?

Image
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! YF nak berkongsi dengan korang semua berkenaan zakat simpanan. Pada yang belum tahu, di dalam Rukun Islam, zakat merupakan yang keempat penting untuk dilaksanakan oleh umat Islam sekiranya melebihi syarat yang diperlukan. Tapi memang wajib ke kena bayar zakat simpanan ni? Ia akan jadi wajib jikaaa…… Apa Syarat Wajib Zakat Simpanan? i. Cukup nisab - Bersamaan nilai simpanan berjumlah RM85 gram emas mengikut harga pasaran semasa ii. Cukup haul - Cukup tempoh setahun simpanan Ada Dalil Wajib Zakat iaitu: Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham, dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zak

Rancang Wasiat: Sediakan Payung Sebelum Hujan

Image
  Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! Dulu-dulu, YF memang tak ambil kisah sangat pasal wasiat ni. Sebab fikir, orang-orang tua je yang kena fikir benda macam ni. Teruk kan? Tapi bila dah sedar betapa pentingnya pengurusan harta dan wasiat, YF kena berfikir ke depan lagi. Lagi-lagi bila dah berkahwin ni, dan insyaAllah mungkin keluarga akan menjadi lebih besar nanti, banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Lagipun, ajal kita, hanya Tuhan yang tahu. Mungkin esok, mungkin kejap lagi. Betul tak? Lagipun, kalau kita buat perancangan wasiat dengan lebih awal dan teratur, kita boleh menyenangkan urusan untuk selesaikan tanggungjawab yang tergantung seperti hutang piutang, kebajikan ibu bapa, atau pun anak bila kita dah tiada kelak. Bukan nak cakap harta YF ni bergelimpangan. Tidak. Cuma sekadar untuk mengurangkan beban orang-orang tersayang. YF pun tak naklah nanti ada pula pertelingkahan sesama keluarga. Satu hal pula nanti bermasam muka kerana harta dunia ni. Tak boleh

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! YF bukanlah pemakai tudung bawal tegar tapi sekali sekala teringin jugalah nak berbawal kan.  Baru-baru ni, YF ada beli sehelai tudung bawal dari seorang ejen Fareha ni, iaitu @mytudungsister . Bungkusan semua okay dan kemas. Penghantaran pun laju. Order hari Sabtu, Isnin sampai dah. Siap ada bagi satu free brooch lagi. Ya Allah. YF terlupa YF tak ada sebiji brooch pun dekat rumah. Hahaha! Punyalah yakin nak order bawal. YF tak reti pakai bawal guna jarum sebagai ganti brooch . Tengoklah. Punyalah dah lama tak berbawal kan. Thank you @mytudungsister ! Okay! YF beli Tudung Bawal Anti Kedut Special Edition 5.0 yang berharga  RM27 tidak termasuk kos penghantaran sebanyak RM8.  Murah tak? Okaylah kot. Sekali sekala cuba jenama baru. Tudung bawal edisi baru ni m enggunakan material Korean Chiffon . Bila baca je chiffon , mesti rasa macam, pakai nanti mesti licinlah, apalah. Kan? A pa yang istimewanya bawal dari Fareha ni? Katanya bawal ni, jeng

Tawaran dan Pengalaman Menarik Dari iREHAB Untuk Pencari Kerja

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Dalam keadaan wabak Covid19 melanda dunia, saban hari YF akan membaca status dari media sosial yang rata-rata kehilangan punca rezeki. It’s a tough situation out there.  Namun begitu, setiap pintu yang tertutup, pasti ada pintu lain yang terbuka. Kita kena yakin pada Dia yang memberi rezeki kita. Betul tak? Oleh itu, iREHAB membuka peluang untuk pencari-pencari kerja di luar sana, untuk menyertai pasukan iREHAB. Apa je pekerjaan yang iREHAB ni nak bagi kepada korang? Peluang pekerjaan yang bakal diberikan untuk korang adalah untuk bersama mereka menjaga orang-orang tua.  Tak yakin boleh buat? Tak ada pengalaman? Jangan risau okay! iREHAB akan memberikan latihan yang sewajarnya untuk korang memahami pekerjaan yang bakal dilakukan. Dengan bayaran serendah RM70, korang akan menjalani kursus latihan pengasuh selama satu (1) hari yang terdiri daripada kelas dan pengalaman langsung di kemudahan iCenter dan iHome yang beralamat seperti di bawah: ICEN

Dua Bulan Bersama Lespettua!

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! YF telah pun menggunakan shampoo selama dua bulan dan balm kemiri hampir sebulan.  Kenapa YF pakai lain-lain ni? Alkisahnya,  YF telah menghentikan penggunaan balm kemiri buat sementara waktu. Sebab? Ikuti apa yang YF Suka dan YF Tak Suka di bawah: YF Suka 1) Anak rambut tumbuh di sekeliling kepala YF yang YF letakkan balm kemiri tu (menjadilah kiranya kan? Cumanya kena sabar dan istiqomah memakainya, pagi dan petang seperti yang disarankan) YF Tak Suka 1) T eksturnya yang berminyak 2) YF rasa tidak sesuai untuk YF pakai pagi dan petang sebab YF sentiasa bertudung di luar 3) Membuatkan kulit kepala semakin gatal dan berminyak Bagaimana pula dengan shampoo ? YF Suka 1) Kulit kepala kurang rasa gatal 2) Rambut terasa tidak berminyak 3)  Mempunyai elemen berangin ( mint ) YF Tak Suka 1) Rambut masih gugur tapi tidak sebanyak dulu (mungkin sebab dah potong rambut kepada yang lebih pendek jadi YF tak perasan sangat keguguran rambut tu) 2) Baunya

Diskaun Menarik iREHAB Untuk Rawatan Terapi Khas

Image
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Pada yang tercari-cari tempat untuk meneruskan sesi rawatan dan menyediakan keperluan selepas strok, YF ingin mengesyorkan untuk mengambil perkhidmatan iREHAB sebagai alternatif lain. Bukan itu saja, rawatan physiotherapy, occupational therapy dan speech therapy turut disediakan. Lagi-lagi dalam keadaan pandemik sekarang, agak susah untuk membuat temu janji dan meneruskan rawatan. Iyalah, mana tidaknya, semua hospital terutama hospital kerajaan perlu mengurangkan pesakit yang hadir untuk rawatan pada satu masa untuk mengelakkan kesesakan. Oleh itu, iREHAB ingin menawarkan pakej rawatan dengan harga terendah untuk korang supaya korang masih boleh menghadiri sesi rawatan untuk membantu penyembuhan keadaan korang tu. Untuk mendapatkan harga diskaun ini, korang hanya perlu tunjukkan kad temujanji hospital dengan tarikh yang anda hadiri atau perlu hadiri sebagai bukti yang korang merupakan pesakit yang perlu mendapat rawatan yang diperl

Lespettua Boleh Kurangkan Rambut Gugur?

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera guys ! YF dah lama mengalami keguguran rambut yang agak teruk sejak dari sekolah menengah lagi. Bila rambut dah gugur, rambut juga semakin menipis kan. Sampaikan, YF jarang gila sikat rambut sebab takut rambut gugur makin teruk. Hahahah! Rambut gugur, rambut makin menipis, masalah rambut gatal dan kelumumur pun boleh tahan juga ya. Sedih! Jadi, setelah berhari-hari melakukan kajian, cewah! YF ambil inisiatif untuk mencuba produk Lespettua. YF baru guna produk ni pada 19/08/2020. Sebelum YF review produk ni, jom, kita tengok bentuk produk ni macam mana. Untuk pembelian produk, YF terus ke Instagram rasmi Lespettua dan klik link yang ada pada bio akaun tersebut. YF pun terus Whatsapp Lespettua sendiri. Hasilnya, taraaaaa! YF dah dapat produk yang dibalut rapi dan kemas. Atas nasihat ejen Lespettua, YF beli satu set produk Lespettua iaitu satu botol Kemiri Shampoo (125l)) dan juga satu Kemiri Balm (50g). Masing-masing berharg

Maran Untuk Seisi Keluarga

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera guys! Pada Ahad lepas, 26 Julai 2020, YF berkesempatan melawat Daerah Maran untuk Trip Sehari Ke Daerah sempena mempromosikan Produk Pelancongan Daerah Maran bersama 4 ahli Kelab Blogger Ben Ashaari yang lain. Malaysia ni betul2 Truly Asia ya, sebab rasanya memang banyak lagi tempat yang YF belum jelajah ataupun pergi. Pergi ke Daerah Maran ni saja, dah buat YF rasa kagum dan tertarik. Antara perkara menarik di Maran adalah kraftangannya, juadah kampungnya dan tempat2 menarik yang sesuai dilawati seisi keluarga. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Maran mengambil masa lebih kurang 2½ jam bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 9.30 pagi macam tu melalui lebuhraya Karak. Nasib baik YF bawa sweater ya, sebab sejuk ditambah pula dengan aircond kereta. Fuh! Gigil!

Shopping Sakan di PG Mall!

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera guys! YF ni sebenarnya memang seorang kaki window shopping . Tak kisahlah dekat physical mall ke atau online . Kalau online tu, lagilah. Memang dihujung jari je. Ye lah. Sebab lebih mudah, jimat masa, semua benda ada dalam online mall kan. Tinggal Add To Cart je, haa gituuuu! 😏

Wanita Perlu Tahu Ilmu Perancangan Pewarisan Harta

Image
Assalamualaikum! Kali ni YF nak berkongsi sedikit info berkenaan pewarisan harta. Bukan nak tamak haloba nak merampas harta  juta-juta macam dalam drama petang-petang tu ya. Ahaa. Bukan-bukan! Ilmu Perancangan Pewarisan Harta ni wanita perlu ambil berat juga. Bukan lelaki je perlu tahu. Sebab tu, banyak kes-kes di luar sana yang tidak berapa nak menyebelahi wanita disebabkan tiada pengetahuan akan hal ini.