Tawaran dan Pengalaman Menarik Dari iREHAB Untuk Pencari Kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Dalam keadaan wabak Covid19 melanda dunia, saban hari YF akan membaca status dari media sosial yang rata-rata kehilangan punca rezeki. It’s a tough situation out there. 

Namun begitu, setiap pintu yang tertutup, pasti ada pintu lain yang terbuka. Kita kena yakin pada Dia yang memberi rezeki kita. Betul tak?



Oleh itu, iREHAB membuka peluang untuk pencari-pencari kerja di luar sana, untuk menyertai pasukan iREHAB. Apa je pekerjaan yang iREHAB ni nak bagi kepada korang? Peluang pekerjaan yang bakal diberikan untuk korang adalah untuk bersama mereka menjaga orang-orang tua. 


Tak yakin boleh buat? Tak ada pengalaman? Jangan risau okay! iREHAB akan memberikan latihan yang sewajarnya untuk korang memahami pekerjaan yang bakal dilakukan. Dengan bayaran serendah RM70, korang akan menjalani kursus latihan pengasuh selama satu (1) hari yang terdiri daripada kelas dan pengalaman langsung di kemudahan iCenter dan iHome yang beralamat seperti di bawah:

ICENTER
One-Stop Rehabilitation Center
No. 147,
Jalan SS 17/1A,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.


IHOME
Home for Rehabilitation
No. 51,
Jalan SS 19/1,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Lepas je selesai semua latihan, korang akan berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada pasukan iREHAB. Pengalaman baru dapat, gaji pun dapat. InsyaAllah. YF doakan semua urusan korang dipermudahkan.

Sekiranya korang masih mencari pekerjaan, YF syorkan untuk mencuba rezeki bersama iREHAB. Korang boleh terus menghubungi mereka atau layari: 

012-9061690 / 017-9880324 




------------------------------------------
YF: Semoga Covid19 hilang sekelip mata

Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?