Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

YF bukanlah pemakai tudung bawal tegar tapi sekali sekala teringin jugalah nak berbawal kan. 

Baru-baru ni, YF ada beli sehelai tudung bawal dari seorang ejen Fareha ni, iaitu @mytudungsister. Bungkusan semua okay dan kemas. Penghantaran pun laju. Order hari Sabtu, Isnin sampai dah. Siap ada bagi satu free brooch lagi. Ya Allah. YF terlupa YF tak ada sebiji brooch pun dekat rumah. Hahaha! Punyalah yakin nak order bawal. YF tak reti pakai bawal guna jarum sebagai ganti brooch. Tengoklah. Punyalah dah lama tak berbawal kan. Thank you @mytudungsister!

Okay! YF beli Tudung Bawal Anti Kedut Special Edition 5.0 yang berharga RM27 tidak termasuk kos penghantaran sebanyak RM8. Murah tak? Okaylah kot. Sekali sekala cuba jenama baru. Tudung bawal edisi baru ni menggunakan material Korean Chiffon. Bila baca je chiffon, mesti rasa macam, pakai nanti mesti licinlah, apalah. Kan? Apa yang istimewanya bawal dari Fareha ni? Katanya bawal ni, jeng jeng jeng! 

1) Ironless

2) Kain jenis lembut, flowy, mudah dibentuk dan tidak pekak apabila dipakai

Betul ke semua ni? Ada yang betul, ada juga yang tidak kena pada pendapat YF. Jom kita tengok apa YF Suka dan YF Kurang Suka:

YF Suka

1) Mudah digosok dan jimat masa

2) Kainnya ringan, lembut dan flowy. Walaupun kainnya jenis chiffon, tapi YF rasa okay dan taklah licin sangat. Tapi, memang kena pakai anak tudung ya. Tak pakai, memanglah jatuh ke depan tudung tu

Corak Olaf

3) Tidak terasa pekak bila pakai dan terletak elok di kepala

4) Jahitan tepi yang cantik dan kemas. Berkenan betul jahitan tepi style macam ni. Korang tahu ke nama jahitan tepi jenis macam ni?


5) Sebab materialnya chiffon, ringan dan tidak tebal, bila basuh, memang cepat kering

YF Kurang Suka

1) Mungkin agak sedikit 'kejung' sebab material chiffonnya bukan yang jenis berat, apabila dipakai dia akan jatuh terletak tu

2) YF basuh guna mesin (biasalah, malas kan), jadi memang kedutlah jawapannya. Jadi, perlu digosok dan untuk point 'ironless' tadi, kurang tepatlah di situ. Korang jangan guna mesin ya. Nanti jadi macam YF pula. Guna tangan, celup-celup gitu je.

3) Setelah memakai tudung bawal ni untuk sehari suntuk, jahitan tepinya sudah tidak berapa kemas. Mungkin YF pakai ganas sangat kot. Hahaha!



Jadi, anti kedut ke? Mungkin tak boleh ambil secara lurus perkataan tu. Bergantung kepada cara kita memakainya juga. Dia akan jadi anti kedut KALAU basuh guna tangan, celup-celup manja je. Lepas tu, bila dah basuh, terus lipat cecantik. Jangan biarkan ia bergelumang sekali denagn kain-kain yang lain. Tapi, kalau kedut pun, gosok jelah sikit. Tak lama mana pun.

Itulah pendapat peribadi YF tentang Tudung Bawal Anti Kedut Special Edition 5.0 dari jenama Fareha ni. Korang yang dah cuba, sama tak pengalaman dengan YF? Atau tidak?

--------------------------------------------------
YF: Nak cuba tudung bawal dari Sabella pula


Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

TAHU TAK JENIS-JENIS DADAH???

Jimat Shopping Raya di Freeport A’Famosa Outlet Melaka