Posts

Showing posts from November, 2020

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! YF bukanlah pemakai tudung bawal tegar tapi sekali sekala teringin jugalah nak berbawal kan.  Baru-baru ni, YF ada beli sehelai tudung bawal dari seorang ejen Fareha ni, iaitu @mytudungsister . Bungkusan semua okay dan kemas. Penghantaran pun laju. Order hari Sabtu, Isnin sampai dah. Siap ada bagi satu free brooch lagi. Ya Allah. YF terlupa YF tak ada sebiji brooch pun dekat rumah. Hahaha! Punyalah yakin nak order bawal. YF tak reti pakai bawal guna jarum sebagai ganti brooch . Tengoklah. Punyalah dah lama tak berbawal kan. Thank you @mytudungsister ! Okay! YF beli Tudung Bawal Anti Kedut Special Edition 5.0 yang berharga  RM27 tidak termasuk kos penghantaran sebanyak RM8.  Murah tak? Okaylah kot. Sekali sekala cuba jenama baru. Tudung bawal edisi baru ni m enggunakan material Korean Chiffon . Bila baca je chiffon , mesti rasa macam, pakai nanti mesti licinlah, apalah. Kan? A pa yang istimewanya bawal dari Fareha ni? Katanya bawal ni, jeng

Tawaran dan Pengalaman Menarik Dari iREHAB Untuk Pencari Kerja

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Dalam keadaan wabak Covid19 melanda dunia, saban hari YF akan membaca status dari media sosial yang rata-rata kehilangan punca rezeki. It’s a tough situation out there.  Namun begitu, setiap pintu yang tertutup, pasti ada pintu lain yang terbuka. Kita kena yakin pada Dia yang memberi rezeki kita. Betul tak? Oleh itu, iREHAB membuka peluang untuk pencari-pencari kerja di luar sana, untuk menyertai pasukan iREHAB. Apa je pekerjaan yang iREHAB ni nak bagi kepada korang? Peluang pekerjaan yang bakal diberikan untuk korang adalah untuk bersama mereka menjaga orang-orang tua.  Tak yakin boleh buat? Tak ada pengalaman? Jangan risau okay! iREHAB akan memberikan latihan yang sewajarnya untuk korang memahami pekerjaan yang bakal dilakukan. Dengan bayaran serendah RM70, korang akan menjalani kursus latihan pengasuh selama satu (1) hari yang terdiri daripada kelas dan pengalaman langsung di kemudahan iCenter dan iHome yang beralamat seperti di bawah: ICEN

Dua Bulan Bersama Lespettua!

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! YF telah pun menggunakan shampoo selama dua bulan dan balm kemiri hampir sebulan.  Kenapa YF pakai lain-lain ni? Alkisahnya,  YF telah menghentikan penggunaan balm kemiri buat sementara waktu. Sebab? Ikuti apa yang YF Suka dan YF Tak Suka di bawah: YF Suka 1) Anak rambut tumbuh di sekeliling kepala YF yang YF letakkan balm kemiri tu (menjadilah kiranya kan? Cumanya kena sabar dan istiqomah memakainya, pagi dan petang seperti yang disarankan) YF Tak Suka 1) T eksturnya yang berminyak 2) YF rasa tidak sesuai untuk YF pakai pagi dan petang sebab YF sentiasa bertudung di luar 3) Membuatkan kulit kepala semakin gatal dan berminyak Bagaimana pula dengan shampoo ? YF Suka 1) Kulit kepala kurang rasa gatal 2) Rambut terasa tidak berminyak 3)  Mempunyai elemen berangin ( mint ) YF Tak Suka 1) Rambut masih gugur tapi tidak sebanyak dulu (mungkin sebab dah potong rambut kepada yang lebih pendek jadi YF tak perasan sangat keguguran rambut tu) 2) Baunya