Dua Bulan Bersama Lespettua!
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
YF telah pun menggunakan shampoo selama dua bulan dan balm kemiri hampir sebulan.
Kenapa YF pakai lain-lain ni? Alkisahnya, YF telah menghentikan penggunaan balm kemiri buat sementara waktu. Sebab? Ikuti apa yang YF Suka dan YF Tak Suka di bawah:
YF Suka
1) Anak rambut tumbuh di sekeliling kepala YF yang YF letakkan balm kemiri tu (menjadilah kiranya kan? Cumanya kena sabar dan istiqomah memakainya, pagi dan petang seperti yang disarankan)
YF Tak Suka
1) Teksturnya yang berminyak
2) YF rasa tidak sesuai untuk YF pakai pagi dan petang sebab YF sentiasa bertudung di luar
3) Membuatkan kulit kepala semakin gatal dan berminyak
Bagaimana pula dengan shampoo?
YF Suka
1) Kulit kepala kurang rasa gatal
2) Rambut terasa tidak berminyak
3) Mempunyai elemen berangin (mint)
YF Tak Suka
1) Rambut masih gugur tapi tidak sebanyak dulu (mungkin sebab dah potong rambut kepada yang lebih pendek jadi YF tak perasan sangat keguguran rambut tu)
2) Baunya yang agak kuat (mungkin menyumbang kepada elemen berangin tadi)
Kulit kepala akan kembali gatal sekiranya YF berpeluh dan mengeluarkan minyak. Mulalah tergaru-garu dekat kepala yang tertutup tu. Ataupun mungkin itu keadaan yang normal untuk cuaca di Malaysia ni. Uhukk. Jadi, YF akan cuci rambut YF setiap hari untuk menghilangkan kegatalan dan minyak di kulit kepala tu.
Buntu juga dengan masalah rambut ni. YF pun dah potong rambut kepada yang lebih pendek. Senang sikit nak jaga kan. Aduhh! Makin nipis rambut dibuatnya. Hahahaha! Jadi, apa cadangan korang?
-------------------------------------------------
YF: Saving my hair
Comments