Posts

Showing posts from December 15, 2021

Mudahnya Bayar Zakat Dengan CIMB Clicks!

Image
Alhamdulillah. Tahun ni mungkin sedikit berbeza dari tahun 2020 yang ‘gelap’. Walau Covid-19 masih ada, tapi aku rasa kita dah boleh ‘bernafas’ dengan lebih senang. Peluang pekerjaan telah dibuka semula. Mungkin tak banyak, tapi masih ada. Aktiviti ekonomi dan sosial pun telah dilonggarkan sedikit demi sedikit namun tetap patuh dengan SOP yang ada. Mana taknya, lebuhraya dah mula ‘banjir’, kenderaan awam pula dah mula ‘sarat’. Ini bukti rata-rata rakyat Malaysia pun dah kembali dengan rutin biasa tapi dengan norma baharu. Pada yang dah kembali stabil dalam pendapatan, ada kerja tetap, kerja sampingan, simpanan dan sebagainya, korang sebenarnya dah dikira wajib untuk tunaikan tanggungjawab sebagai Muslim dengan menunaikan zakat di Lembaga Zakat Selangor (LZS) SEKIRANYA cukup nisab. Dengan zakat yang berjaya dikumpul, secara tak langsung, dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban yang dipikul oleh rakyat Malaysia yang memerlukan. Ada juga yang bertanya, kenapa kena bayar dekat LZS? Ada ...