Mudahnya Bayar Zakat Dengan CIMB Clicks!

Alhamdulillah. Tahun ni mungkin sedikit berbeza dari tahun 2020 yang ‘gelap’. Walau Covid-19 masih ada, tapi aku rasa kita dah boleh ‘bernafas’ dengan lebih senang. Peluang pekerjaan telah dibuka semula. Mungkin tak banyak, tapi masih ada. Aktiviti ekonomi dan sosial pun telah dilonggarkan sedikit demi sedikit namun tetap patuh dengan SOP yang ada.

Mana taknya, lebuhraya dah mula ‘banjir’, kenderaan awam pula dah mula ‘sarat’. Ini bukti rata-rata rakyat Malaysia pun dah kembali dengan rutin biasa tapi dengan norma baharu.

Pada yang dah kembali stabil dalam pendapatan, ada kerja tetap, kerja sampingan, simpanan dan sebagainya, korang sebenarnya dah dikira wajib untuk tunaikan tanggungjawab sebagai Muslim dengan menunaikan zakat di Lembaga Zakat Selangor (LZS) SEKIRANYA cukup nisab. Dengan zakat yang berjaya dikumpul, secara tak langsung, dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban yang dipikul oleh rakyat Malaysia yang memerlukan.



Ada juga yang bertanya, kenapa kena bayar dekat LZS? Ada je agensi lain yang membantu orang juga. Haaa. Itulah beza pusat zakat dengan agensi di luar sana. Agensi-agensi selain pusat zakat ni, ia lebih kepada derma dan bantuan ikut kemampuan kita, kat mana yang kita lebih prefer, boleh bayar bila-bila masa je, dan TAK WAJIB, hanya SUNAT yang digalakkan. Tapi, untuk zakat, jatuh WAJIB pada yang layak, perlu dibayar sekali sahaja dalam setahun, dan satu agensi saja yang dipertanggungjawabkan iaitu pusat zakat di negeri yang korang tinggal sekarang ni. Straight forward je kan?


Sekarang ni, mudah saja nak bayar zakat. Semuanya dihujung jari, dan yang paling penting, korang kenalah langgan pakej internet. Jangan curi wifi orang plak ya! Niat tak halalkan cara tau.


Aku pasti korang mesti selalu bayar bil, online shopping dan sebagainya guna perbankan internet, betul tak? Haaa. Bayar zakat pun boleh dibuat menerusi kaedah yang sama. Dalam pengetahuan aku, banyak dah bank dalam Malaysia memberikan khidmat ni untuk kemudahan semua.

LEBIH MUDAH BAYAR ZAKAT DENGAN CIMB CLICKS

Dan, aku nak share satu bank ni berkenaan langkah-langkah untuk membuat pembayaran zakat menggunakan perbankan internet iaitu bank CIMB. Cuma yang korang perlu tahu dan pilih sekarang ni, adalah jenis zakat dan penaksiran zakat.


Berkenaan dengan jenis-jenis zakat, korang bolehlah lawat web LZS untuk pengetahuan lebih lanjut yang mana ia terbahagi kepada dua zakat utama; FITRAH dan HARTA.

Untuk ZAKAT HARTA, ada pula pecahannya seperti dibawah ni:


Setelah korang dah tahu nak bayar zakat yang mana satu, korang boleh terus pergi ke langkah penaksiran zakat untuk pengiraan jumlah bayaran. Alah, korang tak payah pening-pening nak kira manual. Pergi je ke web LZS dan ia akan auto calculate once kita dah masukkan jumlah yang diperlukan. Amacam, simple je kan? Lepas tu, jom kita ‘pergi’ bayar plak di CIMB Clicks!


            1) Layari/ muat turun aplikasi CIMB Clicks > Log Masuk

            2) Pilih Pay & Transfer > Pay Bills

            3) Taip dan pilih Lembaga Zakat Selangor (LZS)

            4) Masukkan No IC > Zakat Code

            5) Masukkan Tahun > No. Telefon > Nama Pembayar > Alamat

            6) Masukkan Amount > Tarikh > Make Payment

            7) Klik Request TAC > No. TAC > Confirm

            8) Semak sejarah pembayaran di CIMB Clicks atau boleh lawat 
                web Elektronik Zakat Online (EZO)

           9) Dah bayar, simpat resit pembayaran untuk rekod dan sebagai bahan 
               bukti untuk penaksiran cukai tahunan korang dengan LHDN plak

           10) Kalau pening juga camne nak bayar, boleh je call terus LZS di
                 1-300-88-4343 (9:00 pagi hingga 4:00 petang) untuk bantuan 
                 lanjut (sian sis, penat explain…tsk tsk tsk tsk)

KEMPEN “MENANG & KONGSI”



Yang suka join peraduan, hah, bolehlah sambut kempen Jom Tunai Zakat “Menang & Kongsi” dianjurkan oleh LZS bermula 15/12/21 sehingga 31/12/21. Korang juga digalakkan untuk mewara-warakan Peraduan Jom Tunai Zakat 2021 ni di media sosial korang supaya orang lain pun boleh ikut serta dan memeriahkan suasana majlis. Eh, bukannnn! Kempen ya, kempennnnn!

Selain itu, kempen ini juga dapat memberikan kesedaran atau awareness kepada para Muslim lain yang mungkin ter’elat ke, terlupa ke, terlepas ke dan segala TER, dan secara tak langsung mempromosikan Islam di mata yang bukan Muslim.





No. Tel.: 1-300-88-4343 (9:00 pagi hingga 4:00 petang)


---------------------------------------------------------
YF: Rezeki kita bukan milik kita seorang sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah