Posts

Showing posts with the label bayar zakat

Taksir Zakat Boleh Menang Motor Anjuran LZS

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Bila terbaca je mana-mana sosial media Lembaga Zakat Selangor ( LZS ) , automatik YF akan refresh semula part mana yang terlupa, terlepas, tertangguh, segala TER lah kan. Itulah bagusnya kegunaan sosial media, ye dak? Bukan apa, kita kan kena sentiasa mengingatkan dan mengingati sesama sendiri. Barulah hidup aman sentosa atas dunia ni. Aminnn! Tapi Apa Taksir Zakat Ni? In short , ia adalah satu proses di mana seseorang individu itu perlulah mengemukakan maklumat pendapatan sendiri bagi tujuan tersebut. Bukan pendapatan orang lain plak tau. Lari tajuk dah tu. Tsktsktskts! Korang boleh menggunakan kalkulator zakat di website LZS atau muat turun je aplikasi LZS dalam phone . Ikutlah nak buat kat mana yang lebih selesa dan mudah untuk korang. Janji kena ikut step sampailah keluar resit bayaran sebagai bukti yang korang dah pun melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Hah gituuu. Menggunakan website LZS: Taksir Jenis Zakat 👇 EZakatP...

Mudahnya Bayar Zakat Dengan CIMB Clicks!

Image
Alhamdulillah. Tahun ni mungkin sedikit berbeza dari tahun 2020 yang ‘gelap’. Walau Covid-19 masih ada, tapi aku rasa kita dah boleh ‘bernafas’ dengan lebih senang. Peluang pekerjaan telah dibuka semula. Mungkin tak banyak, tapi masih ada. Aktiviti ekonomi dan sosial pun telah dilonggarkan sedikit demi sedikit namun tetap patuh dengan SOP yang ada. Mana taknya, lebuhraya dah mula ‘banjir’, kenderaan awam pula dah mula ‘sarat’. Ini bukti rata-rata rakyat Malaysia pun dah kembali dengan rutin biasa tapi dengan norma baharu. Pada yang dah kembali stabil dalam pendapatan, ada kerja tetap, kerja sampingan, simpanan dan sebagainya, korang sebenarnya dah dikira wajib untuk tunaikan tanggungjawab sebagai Muslim dengan menunaikan zakat di Lembaga Zakat Selangor (LZS) SEKIRANYA cukup nisab. Dengan zakat yang berjaya dikumpul, secara tak langsung, dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban yang dipikul oleh rakyat Malaysia yang memerlukan. Ada juga yang bertanya, kenapa kena bayar dekat LZS? Ada ...

Dengan Perbankan Internet CIMB, Tunai Zakat Lebih Mudah

Image
Assalamualaikum semua! Macam mana dengan puasa korang? Harap tak adalah yang cari air paip waktu tengahari ya? Ahaks! YF doakan semua pembaca blog YF boleh berpuasa dengan tenang dan mudah. Amin! Bercakap tentang 'MUDAH', kali ni YF nak kongsikan macam mana nak bayar zakat fitrah secara atas talian melalui sistem perbankan tanpa perlu datang ke mana-mana kaunter zakat, atau berjumpa dengan amil yang dilantik secara sah. Haaa. Senangkan? YF pun rasa sekarang ni kita memang kena gunakan kemudahan yang ada dengan baik sebab selain menjimatkan masa, kita juga boleh kurangkan pergerakan dengan situasi pandemik Covid-19 untuk elakkan terkena jangkitan. Nauzubillahiminzalik. Moga kita dijauhkan dari bala ini secepat mungkin. Amin!  ERTI ZAKAT FITRAH Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, jomlah kita ulangkaji semula apa itu ZAKAT FITRAH. Main bayar je tapi tak faham apa itu zakat fitrah. Tak ada masalah pun sebenarnya tapi macam kurang sesuatu di situ kalau kita bayar tanpa pengertian. H...