Dengan Perbankan Internet CIMB, Tunai Zakat Lebih Mudah

Assalamualaikum semua!

Macam mana dengan puasa korang? Harap tak adalah yang cari air paip waktu tengahari ya? Ahaks! YF doakan semua pembaca blog YF boleh berpuasa dengan tenang dan mudah. Amin!


Bercakap tentang 'MUDAH', kali ni YF nak kongsikan macam mana nak bayar zakat fitrah secara atas talian melalui sistem perbankan tanpa perlu datang ke mana-mana kaunter zakat, atau berjumpa dengan amil yang dilantik secara sah. Haaa. Senangkan? YF pun rasa sekarang ni kita memang kena gunakan kemudahan yang ada dengan baik sebab selain menjimatkan masa, kita juga boleh kurangkan pergerakan dengan situasi pandemik Covid-19 untuk elakkan terkena jangkitan. Nauzubillahiminzalik. Moga kita dijauhkan dari bala ini secepat mungkin. Amin! 


ERTI ZAKAT FITRAH

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, jomlah kita ulangkaji semula apa itu ZAKAT FITRAH. Main bayar je tapi tak faham apa itu zakat fitrah. Tak ada masalah pun sebenarnya tapi macam kurang sesuatu di situ kalau kita bayar tanpa pengertian. Hah gitu! Ia merupakan zakat diri yang difardhukan ke atas setiap lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang telah pun ditetapkan. Zakat fitrah juga akan diperuntukkan untuk memberi makanan dan keperluan yang sepatutnya kepada orang-orang miskin pada Hari Raya Aidilfitri nanti.


SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

1) Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2) Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
3) Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.
4) Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan.


KAEDAH BAYAR ZAKAT FITRAH

Kaedah pembayaran yang ditentukan adalah makanan asas daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Sabda Rasulullah SAW dari Ibn Umar yang bermaksud:

"Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum, pada hamba sahaya, orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa dari kaum Muslimin?" (Hadis Riwayat Bukhari)


KADAR ZAKAT FITRAH

Kadar yang diperlukan ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.


5 WAKTU MENUNAIKAN ZAKAT FITRAH

1) Waktu Wajib - Apabila terbenam matahari akhir Ramadan sehingga terbit matahari satu Syawal
2) Waktu Afdal - Sebelum sembahyang hari raya
3) Waktu Sunat - Sepanjang bulan Ramadan
4) Waktu Makruh - Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal
5) Waktu Haram - Selepas terbenam matahari satu Syawal

Amacam? Fahamkan waktu yang sepatutnya kita kena bayar zakat? Kalau tak berapa nak faham apa yang YF cerita panjang lebar tadi, korang boleh je hubungi pusat zakat. Diakhir blog nanti, YF ada sertakan nombor telefon dan juga laman sesawang untuk dijadikan rujukan korang semua. Semuanya di hujung jari je gais! 😁


Okay! Kepada pengguna bank CIMB, korang boleh membayar zakat fitrah secara atas talian melalui laman sesawang CIMB Clicks. Pembayaran boleh dibuat di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu (kecuali waktu tidur ya) πŸ˜›


CARA PEMBAYARAN ZAKAT SECARA ATAS TALIAN MELALUI PERBANKAN CIMB

1) Layari CIMB Clicks, dan log masuk ke akaun korang (tak ada akaun tak boleh log in gais)
2) Pilih "Pay & Transfer" > "Pay Bills"
3) Taip dan pilih "Lembaga Zakat Selangor (LZS)"
4) Masukkan "No IC", untuk Zakat Code, pilih "260 - Zakat Fitrah"
5) Masukkan "Tahun", "No. Telefon", "Nama Pembayar" dan "Alamat" 
6) Masukkan jumlah "Amount", pilih tarikh kemudian klik "Make Payment"
7) Klik "Request TAC" > Masukkan "TAC" > Klik "Confirm"
8) Tadaaaa. Dah siappp. Pastikan simpan resit pembayaran sebagai bukti ya. Manalah tahu nak tuntut rebat cukai dari LHDN πŸ‘€


Dikesempatan ini, dengan rasa rendah hati, YF nak ajak korang yang membaca blog YF untuk mulai sekarang, tanamkan Zakat Dihati korang dengan menunaikan kewajipan berzakat bagi menyucikan harta yang kita perolehi kerana dalam rezeki yang kita dapat, terdapatnya rezeki orang lain juga. Oleh itu, perlunya kita berkongsi rezeki dengan orang yang tidak berkemampuan dengan bantuan Lembaga Zakat. Korang jangan pula terasa 'berat' untuk keluarkan sedikit duit ya sebab antara ganjaran untuk orang-orang yang mengeluarkan zakat, dikurniakan keberkatan dan ketenangan jiwa di dunia ini. Aminnn.



Boleh juga tunaikan zakat di: https://fpx.zakatselangor.com.my

Facebook: Zakat Selangor | Instagram: @zakat selangor | Twitter: @zakatselangor 

No. Telefon: 1 300 88 4343







---------------------------------------------------------
YF: Semoga boleh puasa penuh tahun ni πŸ˜‚


Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah