Maran Untuk Seisi Keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera guys!

Pada Ahad lepas, 26 Julai 2020, YF berkesempatan melawat Daerah Maran untuk Trip Sehari Ke Daerah sempena mempromosikan Produk Pelancongan Daerah Maran bersama 4 ahli Kelab Blogger Ben Ashaari yang lain.

Malaysia ni betul2 Truly Asia ya, sebab rasanya memang banyak lagi tempat yang YF belum jelajah ataupun pergi. Pergi ke Daerah Maran ni saja, dah buat YF rasa kagum dan tertarik.

Antara perkara menarik di Maran adalah kraftangannya, juadah kampungnya dan tempat2 menarik yang sesuai dilawati seisi keluarga. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Maran mengambil masa lebih kurang 2½ jam bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 9.30 pagi macam tu melalui lebuhraya Karak. Nasib baik YF bawa sweater ya, sebab sejuk ditambah pula dengan aircond kereta. Fuh! Gigil!


Santai di Laman Qalbu

Sampai di Maran, singgah sebentar di Taman Tasik Maran tapi sekejap je sebab ada sesi program lain di sana. Terus berkejar ke Laman Qalbu untuk Program Lawatan Produk perlancongan Daerah Maran. Di sana, sambail bersantai, YF berpeluang makan makanan Warisan Khas Daerah Maran iaitu Ikan Pekasam bersama Sambal Botok. Kombinasi yang sesuai! Selain itu, ada juga yang dinamakan Kuih 3 Beradik ataupun nama lainnya, Kuih Pena, Dodol Kukus dan Kuih Badak Kubang. Buat pertama kalinya juga, YF merasa makanan ni semua. Pengalaman yang sangat menarik untuk diri YF.


Selain daripada masakan setempat, ada juga kraftangan, kuih-muih, sos dan juga produk berasaskan madu kelulut. Ia bagus untuk mempromosikan Daerah Maran itu sendiri.








Tempat yang disediakan juga sangat luas dan selesa. Kalau korang nak buat dinner ke, family gathering ke, boleh saja dibuat di sini. Puas hati!




Koleksi Lukisan Periuk Kera di Galeri M Warna Kampung Sentosa



Di sini, YF dapat melihat banyak lukisan yang bertemakan Periuk Kera. Cantik2 belaka dan pelukisnya sangat berbakat. Kalau nak tahu, empunya lukisan ini ialah Zakaria Adam, merupakan seorang pesara guru di Kampung Sentosa, Maran. Tapi kenap Periuk Kera sebagai tema utama? YF pun tertanya2 juga dan akhirnya, dapat juga jawapannya. Video credit to Kak Saidila.



     

    

    

        


               


     

   



Galeri Tokoh & Galeri 3D Maran


Dah lama tak pergi galeri ya. Bukan apa, galeri macam nilah yang akan membuatkan kita untuk mengingati atau menghargai tokoh2 yang pernah mewangikan nama ataupun berasal dari sesuatu tempat itu. 



   

   

Dekat galeri ni juga, ada Galeri 3D tau! Kiranya macam 2 in 1 gitu! Selepas tawaf di bahagian Galeri Tokoh, kita naik ke tingkat atas untuk melihat tarikan 3Dnya. Psst!!! First time okay YF masuk galeri 3D ni. Exited! Hahaha!



   

   

   


Ikan Patin Tempoyak di Maran Hill Golf Resort


Di sini YF dan rakan2 media lain dijemput untuk mendengar taklimat dan info mengenai pakej pelancongan di Maran. Selepas itu, dijamah pula dengan Ikan Patin Masak Tempoyak. Ya ampun! YF tak pernah makan tempoyak ya atau masakan yang berasaskan tempoyak. Tapi bila makan je Ikan Patin Masak Tempoyak ni, dengan rasanya, dengan lembutnya isi ikan tersebut, rasa nak makan je sorang2 untuk satu ekor ikan patin tu, tapi apakan daya, kita sebagai tetamu kena behave dan jangan tamak ya! Hahaha!


Air Terjun Teladas 7

Oleh kerana masa ni hujan, tak sempat nak jelajah sangat. Tapi bergambar itu perlu ya.


Untuk pengetahuan korang,  cuaca kat sini tak boleh dijangka sangat. Kadang terik, kadang hujan, kadang mendung. Jadi, bersiap siagalah ya. Expect for the worst kata omputih. Tapi ada je pengunjung tetap bermandi-manda dengan keadaan hujan yang renyai-renyai manja. 

Taman Mini Kelulut Lestari

Kehadiran adik-adik kecil menjadikan lawatan lebih meriah

Lawatan diteruskan ke berdekatan kawasan kampung. Tadi YF ada ceritakan yang penduduk setempat membuat produk berasaskan lebah kelulut ni. Haa. Kat sinilah diorang dapatkan madu kelulut tu. 

Demonstrasi membuat produk berasaskan madu kelulut

Disebabkan bahannya semulajadi, ia menghasilkan produk yang lebih baik dan berkhasiat. Penduduk di situ juga ada membuat demonstrasi cara-cara membuat produk dari madu kelulut seperti sabun.

Sumber Semulajadi Mata Air


Hah! Ni lagi satu tarikan yang ada di Maran. Ia terletak disatu kawasan yang sama dengan Taman Mini Kelulut Lestari juga ya.  Dekat sini, korang boleh tengok sumber air semulajadi untuk penduduk kampung. Kadang tu, air tu memang mengalir terus macam air sungai derasnya.

Inilah punca mata air tu

Beriadah di Taman Rekreasi Che Minah Sayang

   

 

Sangat sesuai untuk membawa seisi keluarga mandi-manda di sini. Airnya yang cetek dan kurang sejuk sangat mengundang rasa untuk bersantai melayan kerenah anak-anak. Tengok sajalah adik-adik kecil ini bersuka-ria bersama kawan-kawan sebaya yang lain.

Ada ruang membaca lagi

Tandas juga disediakan

Kawasannya yang bersih menampakkan bahawa ada komuniti atau team yang membersihkan tempat tersebut. Ada juga gazebo yang boleh disewa sebanyak RM5.00 untuk 3 jam. Murahkan?

   

 


Tak nak mandi? Boleh saja bersantai di tempat yang disediakan. Boleh photoshoot lagi di kawasan pokok yang berdekatan. Terasa macam buat klip video lagu pula ya

    


Kalau nak merasa kudap-kudapan, ada juga gerai yang dibuka berhampiran gazebo atau parking. Bolehlah rasa Teh Ais Sedap! Memang sedap ya! Teringat-ingat plak. Hurmmm.

Okay. Apa-apahal, korang boleh check it out info di bawah untuk reference korang. Kot-kot nak cek lagi dengan lebih mendalam untuk trip korang masa hadapan. Kan?

Instagram : @tourismpahang

Telefon : 609-4771411



E-mail : it@mdmaran.gov.my


-------------------------------------------
YF: Thank you, next!


Comments

Sue Izza said…
ai org pahang pun tak tau yg maran begitu menarik hahahahha
abang ohsem said…
wahhh best jugak kat Maran...boleh plan ke sini lah nanti

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

TAHU TAK JENIS-JENIS DADAH???

Jimat Shopping Raya di Freeport A’Famosa Outlet Melaka