Lespettua Boleh Kurangkan Rambut Gugur?

Assalamualaikum dan salam sejahtera guys!

YF dah lama mengalami keguguran rambut yang agak teruk sejak dari sekolah menengah lagi. Bila rambut dah gugur, rambut juga semakin menipis kan. Sampaikan, YF jarang gila sikat rambut sebab takut rambut gugur makin teruk. Hahahah! Rambut gugur, rambut makin menipis, masalah rambut gatal dan kelumumur pun boleh tahan juga ya. Sedih!

Jadi, setelah berhari-hari melakukan kajian, cewah! YF ambil inisiatif untuk mencuba produk Lespettua. YF baru guna produk ni pada 19/08/2020. Sebelum YF review produk ni, jom, kita tengok bentuk produk ni macam mana.

Untuk pembelian produk, YF terus ke Instagram rasmi Lespettua dan klik link yang ada pada bio akaun tersebut. YF pun terus Whatsapp Lespettua sendiri. Hasilnya, taraaaaa! YF dah dapat produk yang dibalut rapi dan kemas.



Atas nasihat ejen Lespettua, YF beli satu set produk Lespettua iaitu satu botol Kemiri Shampoo (125l)) dan juga satu Kemiri Balm (50g). Masing-masing berharga RM89.99 dan RM79.99. Kalau beli satu set, RM160.00. YF beli ada promosi, jadi total harga RM130 saja dan penghantaran percuma ya. I like! Antara kebaikan Kemiri Shampoo dan juga Kemiri Balm, korang boleh baca gambar kat bawah ni.



Ni isi Kemiri Balm tadi. Teskturnya macam balm biasa tu ya

Untuk penggunaan shampoo tersebut, disarankan untuk dipakai sebanyak 3-4 kali seminggu. Baunya ada sedikit bau ubatan dan ada mint sensation dekat kulit kepala. Rasa segar je. YF juga dapat rasakan yang kulit kepala dah kurang gatalnya. Hahaha! Balm pula, setiap hari, pagi dan petang untuk hasil yang lebih baik. Sapu di bahagian yang bermasalah. Dulunya ada rambut, sekarang dah kurang. Gitu. Tapi YF cuma boleh ikhtiar dan usaha. InsyaAllah YF akan update perkembangan rambut YF ya.

Kalau rasa nak maklumat lebih lanjut, bolehlah kunjungi Lespettua:

No 12, Lebuh Lapangan Siber 2, Bandar Cyber, 31350 , Ipoh, Perak, Malaysia.



Tel : 05-2105747

Email : info@lespettua.my

Waktu Operasi:

9:00am-1:00pm (Isnin-Jumaat)

2:00pm-6:00pm (Isnin-Jumaat)

9:00am-2:00pm (Sabtu) 

Ditutup pada hari Ahad dan Cuti Am


Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

TAHU TAK JENIS-JENIS DADAH???

Jimat Shopping Raya di Freeport A’Famosa Outlet Melaka