Rancang Wasiat: Sediakan Payung Sebelum Hujan

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!

Dulu-dulu, YF memang tak ambil kisah sangat pasal wasiat ni. Sebab fikir, orang-orang tua je yang kena fikir benda macam ni. Teruk kan? Tapi bila dah sedar betapa pentingnya pengurusan harta dan wasiat, YF kena berfikir ke depan lagi. Lagi-lagi bila dah berkahwin ni, dan insyaAllah mungkin keluarga akan menjadi lebih besar nanti, banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Lagipun, ajal kita, hanya Tuhan yang tahu. Mungkin esok, mungkin kejap lagi. Betul tak?

Lagipun, kalau kita buat perancangan wasiat dengan lebih awal dan teratur, kita boleh menyenangkan urusan untuk selesaikan tanggungjawab yang tergantung seperti hutang piutang, kebajikan ibu bapa, atau pun anak bila kita dah tiada kelak. Bukan nak cakap harta YF ni bergelimpangan. Tidak. Cuma sekadar untuk mengurangkan beban orang-orang tersayang.

YF pun tak naklah nanti ada pula pertelingkahan sesama keluarga. Satu hal pula nanti bermasam muka kerana harta dunia ni. Tak boleh okay. Ini bukan drama Melayu pukul 7 petang tu ya. Hahaha!

Buat sementara waktu ini, YF ada mengambil hibah takaful sedikit. Cukuplah untuk membantu menampung perbelanjaan sekiranya berlaku apa-apa ke atas YF. Itu antara langkah awal yang YF cuba terapkan.

Untuk harta sepencarian bersama suami, itu perlu merujuk kepada pakarnya. Sebelum tu, kenalah berbincang dengan suami dulu ya. Jangan main terjah je tau. Bagi salam dulu kat suami. Hahaha! Perkara macam ni kena bincang elok-elok dan perlukan kesepakatan yang jitu, aaa gitu! Untuk mengelakkan siapa dapat lebih, siapa dapat kurang. Melainkan masing-masing setuju untuk pembahagian sekian-sekian.

Jadi, setelah perbincangan dengan suami tu, mungkin boleh bawa hasil perbincangan tersebut kepada wasi yang bertauliah kerana wasi ni bertindak sebagai pemudah cara dan pendamai selain daripada melaksanakan jariah si mati dan membahagikan harta pusaka untuk meneruskan kesinambungan kehidupan.

Kat mana nak dapatkan khidmat wasi ni ya? YF cadangkan bolehlah membuat perancangan wasiat dan melantik wasi di MAIS kerana MAIS adalah agensi utama agama Islam dalam negeri Selangor berbidangkuasa untuk bertindak sebagai wasi kepada wasiat umat Islam. Mudah saja, pergi ke antara 8 cawangan MAIS di sekitar Selangor, dan dapatkan nasihat yang sesuai untuk wasiat korang tu.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari laman web atau pun terus hubungi nombor di bawah:

 

www.mais.gov.my atau www.wasiat.com.my

Bahagian Harta Baitulmal, MAIS

03-5514 3773/3772

pro@mais.gov.my


-------------------------------------------------

YF: Rancang sebelum terlambat

Comments

Sue Izza said…
ramai dah ada kesedaran sekarang ,moga tak jadi macam org dulu-duu sampai berbalah putus sedara

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah