Tempah Bingkai Cermin Mata di OPTOM EYECARE BANGI


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Dah nak dekat 3 tahun kot rasanya YF pakai cermin mata sekarang ni. Cermin pun dah calar balar. Hahaha! Mulalah gatal tangan nak tempah cermin mata baru. Lagipun, nak tahu jugalah perkembangan terkini mata. Rabun makin teruk ke atau masih sama. Almaklumlah, umur makin meningkat. Gaya hidup pun dah berubah sejak pandemik ni. Di rumah kerap sangat menghadap skrin komputer riba saja. Uhuks!


Jadi, atas review kawan2 & juga Google Review, YF memilih OPTOM EYECARE Bangi untuk cermin mata yang baru. Yang paling penting, di kedai ini, ada pakar mata atau Optometri. Jangan risau. Mereka ni bukan sebarang pakar mata tau. Mereka merupakan Optometri yang bertauliah dan berpengalaman.

Apa itu Pakar Mata (Optometri)?

Selepas mendengar sedikit sebanyak penerangan Optometri di OPTOM EYECARE Bangi ni, mengikut apa yang YF fahamlah kan. Optometri ni merupakan pakar mata tetapi bukan dari segi klinikal ya. Mereka sekadar membuat saringan pada dasarnya sahaja. Optometri ni dia macam orang tengah. Antara orang biasa dengan pakar mata klinikal di hospital. Selalu kita akan dengar, dari mata turun ke hati kan. Hah! Ini tidak ya. Mereka akan menggunakan mesin yang khusus untuk cek mata kita sama ada kita ni berpenyakit atau tidak. Takut tak? Takutkannn. Hahahaha. Tak ada apalah. Saja je sakat korang.

Sekiranya memang ada tanda2 yang tidak normal pada mata korang, contoh ada tanda2 awal penyakit serius seperti kolestrol, kencing manis, tumor otak dan lain-lain, Optometri akan mengeluarkan surat saranan untuk pelanggan bawa kepada pakar mata klinikal di mana2 hospital kerajaan (perlu melalui Klinik Kesihatan dahulu untuk membuat temu janji di hospital) atau swasta untuk saringan mata yang lebih menyeluruh dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Mengikut pandangan Optometri juga, seeloknya buat pemeriksaan mata dalam setahun sekali. Sama jugalah dengan gigi kita, kesihatan kita. Perlukan pemeriksaan berkala untuk mengesan ciri2 awal penyakit. Kalau boleh, kita pergi buat pemeriksaan mata, bukan nak tahu tahap rabun tinggi rendah saja. Tapi juga memeriksa tahap kesihatan mata dan badan kita. Bagus kan?

Pengalaman Pemeriksaan Mata Menyeluruh

Maklumat peribadi akan diisi di dalam simpanan data untuk rujukan

Dipantau oleh Optometri2 yang bertauliah

Apa ni? Kena cek sendiri ya

Penerangan berkenaan organ mata

Berpinar mata kena flash mesin ni

Saringan untuk tahu tahap rabun jauh, dekat & silau


Nampak ke tak tu?

Sesi memilih bingkat. Rambang mata!

                         
Optometri mengukur saiz cermin mata  

Cermin yang diberikan juga berkualti dan memantulkan cahaya UV

Selesai buat pembayaran. Kena tunggu beberapa hari untuk siap lepas tu baru boleh datang untuk ambil


Digalakkan untuk datang sendiri supaya kita boleh cuba terus dan rasa sendiri sama ada kita rasa selesa atau tak. Mudah untuk berurusan juga ya. Cantik dan ekslusif kotaknya. Siap ada riben lagi tau!


Dengan harga RM150, kita akan dapat bingkai cermin mata termasuk dengan saringan mata tadi. Bila YF nampak je cermin mata YF, rasa macam ekslusif sangat. Nampak mahal tak? RM150 je tu. Kuikuikui! Berbaloi sangat rasanya. *Harga terhad untuk bingkai terpilih sahaja*

Pilihan YF!

Pilihan adik (bingkai sama, warna je lain)

3 generasi kotak sepanjang perjalanan perniagaan OPTOM EYECARE.
Dari Bawah Kanan (Gen 1), Atas Kanan (Gen 2), & Kiri (Gen 3 - Terbaru)
    
Fefeeling macam Korean Artist plak ><

Punyalah YF suka perkhidmatan dekat OPTOM EYECARE Bangi, sampai bawa sekali ibu dan ayah YF pergi buat pemeriksaan mata dan tempah bingkai cermin mata terus. Diorang pun terkejut. Sebab selama ni, cuma cek mata biasa je. Tak adalah nak guna mesin2 teropong anak mata kita sampai ke dalam. Hahahah! Yang penting, diorang puas hati dapat cermin mata baru! Yeyyyy!



Amacam? Tertarik tak dengan pengalaman YF ni? Kikiki. Apa tunggu lagi, moh ler pergi buat saringan mata di OPTOM EYECARE Bangi sendiri untuk merasai pengalaman baru dan pada masa yang sama, kita tambah kesedaran dalam diri kita bahawasanya mata teramat berharga untuk disia2kan. Jadi, peliharalah sebaiknya dengan membuat saringan mata sekali setahun, dengan harga RM150 sahaja. Boleh mula menyimpan dari sekarang untuk saringan dan pemeriksaan mata tahun depan ya. Wing2!

Untuk pengetahuan korang, setakat ni, OPTOM EYECARE mempunyai 2 cawangan iaitu di:

No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8,
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi,
Selangor (Berdekatan Marrybrown)
Dibuka Setiap Hari
Waktu Perniagaan bermula 9 pagi - 8 malam
(Digalakkan untuk buat panggilan atau mesej untuk pengesahan waktu dan hari perniagaan sebelum datang ke kedai)

OPTOM EYECARE Kedah
No.17-GF, Taman Bandar Baru Mergong,
05150 Alor Setar, Kedah
Tel.: 011-10641167


Untuk maklumat lebih lanjut boleh dapatkan di:


Atau mesej je terus ke:


------------------------------------
YF: Dapat ole2 dari OPTOM EYECARE Bangi bila datang
buat pemeriksaan mata dan pembelian cermin mata 

Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah