LELAKI PUN ADA WAKTU UZUR


Upppss!!!sensitip gila perkataan UZUR tu YF!!! Heh, siapa yang terasa tu silakan terus terasa. Entri ini untuk sekadar ingat mengingati. Bulan mulia ni, janganlah tak puasa ya. Rugi kot tak puasa penuh. Ya tak? Para wanita pasti setuju dengan statement itu. Termasuklah aku. #winkwinkwink

Memang tak dinafikan, ada juga tidak berpuasa atas sebab kesihatan. Itu dikecualikan lah. Tapi tang yang berpura-pura UZUR tu, macam mana nak selesaikan masalah "kewanitaan" mereka itu? Nak bagi pil ke? Aku pun tak makan. Heheheh.

Mungkin kerana mereka penat kot. Mungkin juga kerana mereka suka-suka kot. Mungkin ikut kawan kot. Mungkin dan mungkin. Tapi adakah segala kemungkinan itu dapat menidakkan RUKUN ISLAM yang ketiga itu?

Aku bukan ustazah. Bukan juga pakar motivasi. Aku sekadar sahabat yang ingin menegur dan ditegur andai perkara itu salah mahupun tidak benar. Masih berusaha untuk menjadi seorang yang mukminah. INSYAALLAH.

Korang tengah berusaha juga tak? :))
ASSALAMUALAIKUM.

-------------------------------------------------

YF : Benar bulan itu cantik, tapi siapalah ia tanpa cahaya matahari



Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?