Posts

Showing posts with the label AGAMAKU

QARIN || SAUDARA KEMBAR MANUSIA

Image
Aku ada terdengar pasal Qarin ni, tapi tak pasti kat mana. Lupa. Hehehe. Tapi, semalam kalau tak silap, ada orang share kat Facebook . Aku pun dengan tanpa berfikir panjang, share lah sekali. Terbalik, kan? XD Bila baca pasal ni, baru aku tahu apa itu Qarin. Hmm. Seram pula bila sorang-sorang dalam bilik then post entri pasal Qarin ni. Haish. Tapi, tak apalah. Ilmu. Kena kongsi-kongsi, kan? ----------------------------------- Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ? Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir. Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerj...

LELAKI PUN ADA WAKTU UZUR

Image
Upppss!!!sensitip gila perkataan UZUR tu YF!!! Heh, siapa yang terasa tu silakan terus terasa. Entri ini untuk sekadar ingat mengingati. Bulan mulia ni, janganlah tak puasa ya. Rugi kot tak puasa penuh . Ya tak? Para wanita pasti setuju dengan statement itu. Termasuklah aku. #winkwinkwink Memang tak dinafikan, ada juga tidak berpuasa atas sebab kesihatan. Itu dikecualikan lah. Tapi tang yang berpura-pura UZUR tu, macam mana nak selesaikan masalah "kewanitaan" mereka itu? Nak bagi pil ke? Aku pun tak makan. Heheheh. Mungkin kerana mereka penat kot. Mungkin juga kerana mereka suka-suka kot. Mungkin ikut kawan kot. Mungkin dan mungkin. Tapi adakah segala kemungkinan itu dapat menidakkan RUKUN ISLAM yang ketiga itu? Aku bukan ustazah. Bukan juga pakar motivasi. Aku sekadar sahabat yang ingin menegur dan ditegur andai perkara itu salah mahupun tidak benar. Masih berusaha untuk menjadi seorang yang mukminah. INSYAALLAH. Korang tengah berusaha juga tak? :)) ASSALAMUALAIKUM. ...

12 SIFAT NABI YANG PERLU KITA TAHU

Image
Kita selalu lupa kepadanya... Ajarannya... Budi bicaranya... Keistimewaannya... Kehebatannya... Sifatnya... ----------------------------------------------- 1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu. 2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.  3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.  4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.  5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.  6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.  7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.  9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilang...

11 CARA MENGHINDARI MARAH

Image
Aku selalu rasa perasaan ni...rasa nak marah je...lagilagi dengan adikadik...marah je lah...tapi tak naik tangan semua...tahan lagi yang tu... Kalau aku dah kahwin...matilah anak aku kena bebel siang malam...haish...tamotamo...jangan macam tu...tak elok...sabarkan hati ya...INSYAALLAH... -------------------------------------- Pernahkah anda mempunyai perasaan marah? Sehinggakan, kadang-kadang anda berasa ingin mengamuk? Article ini cuba menyingkap 11 cara-cara untuk sedikit sebanyak utk menghidari diri kita daripada sifat marah. IMAM Syafie ada menegaskan:  “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.” Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu: 1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatik...

4 TANDA HATI KITA KERAS

Image
Macam biasa...aku menjalankan sesi mengusha entri atau info yang berkaitan...fuh...nak C & P yang ni la...pasal hati...sekeping hati manusia yang kecil ni...tapi tersangatlah hebat fungsinya... :) Tapi yang membezakannya, cara kita mendidiknya...elok atau tidak? #renunganuntukdiriakusendiri :) ------------------------------------------ Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan. Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata,  "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya". Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh diken...

28 KUNCI MENUJU KEBAHAGIAAN

Image
Asyik sedih je aku ni kan...jom lah pula...baca sesuatu yang boleh memberi kesan positif pula...barulah seimbang...hahahaha...adaada sajalah kau ni YF...kalau tak poyo sehari, boleh tak?boleh kan? -_____- Tipstips ni dari pengarang sebuah buku yang bertajuk LA TAHZAN atau Bahasanya JANGAN BERSEDIH iaitu SHEIKH `A'id Al-Qarni...dari dulu lagi...aku teringin nak ada buku ni...tapi...hurm...malas nak habaq...kang jadi isu...hahahhaha!! XD -------------------------------------------------------- Bismillahir-Rahmanir-Rahim ... 1. Apabila anda berada pada pagi hari, jangan menunggu datangnya waktu senja. Hiduplah dalam batasan hari ini saja. Curahkan perhatian anda untuk memperbaiki hari ini. Hal ini dijelaskan dalam hadith berikut: "Ketika kamu di senja hari, jangan mengharap untuk melihat esok pagi, dan ketika anda di pagi hari jangan mengharap untuk melihat sore hari."(Al-Bukhari) 2. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi, kerana perhatian yang terpaku pada ya...

SEMOGA CEPAT SEMBUH

Image
Kepada ayah KAU...semoga cepat sembuh ya...INSYAALLAH...ramai sahabat kau mendoakan kesejahteraan ayah kau termasuklah aku... Kau kuat ok?Aku tahu kau boleh...walaupun kau senyum...kau sedang menyembunyikan kesedihan kau...aku tak tahu ayah kau sakit apa...nak tanya lebihlebih...tahu akan menganggu...aku doakan dari jauh... Aku sentiasa ada di belakang kau...kalau kau perlukan aku...selalu... Tabahlah kau di sana...ya... Tenangkan adikadik kau...dan juga mak kau... ASSALAMUALAIKUM ------------------------------------------- Y F : T.T

KALAU REZEKI ITU SUDAH MEMANG MILIK KITA

Image
Selama beberapa hari ini...aku perasan...aku dilimpahi rezeki...syukur...ALHAMDULILLAH...sesungguhnya ALLAH itu melihat hambanya yang memerlukan... :) Semalam aku berpuasa...kebetulan...lepas waktu bekerja...aku dan salah seorang kakak di tempat kerja aku...bercadang ingin membeli hadiah untuk family day yang dianjurkan oleh kelab syarikat aku...dan aku merangkap sebagai AJK Hadiah...kenalah membanting tulang kejap...mencari hadiah...haish...dah lah aku tak baik air...duit dalam purse...ada RM10.00 je...ingat nak beli air je...makan kat rumah...aku tak minta...aku tak doa pun dalam hati...kakak tu pun berkata... "Nanti akak bawak kau berbuka kat kedai yang akak selalu lepak...akak belanja..." Aku kan jujur orangnya...#poyolagikauYF -__- Aku pun apa lagi... "Yey!!!ye ke kak???" Syukursyukur...memang rezeki orang berpuasakan...ALHAMDULILLAH sekali lagi...lauk pun...sampai tak habis aku makan...banyak sangat...aku ni memang lah agak pelahap juga orangnya...tapi ...

MENCARI KEBERKATAN DI BULAN REJAB

Image
Fuh...Bulan Rejab dah tiba... Itu pun aku baru perasan... Dari status FACEBOOK sahabat aku... Mengajak teman yang lain berpuasa sunat... Hmm...Bulan Islam pun aku tak alert ... Malu pula mengaku Islam... T.T Nak bagitahu sesuatu pasal Bulan Rejab ni... Tapi aku bukanlah yang pakar...itu pastilah kan... Jadi aku cari sumber yang boleh dipercayai... Moga boleh dijadikan amalan seharian dalam Bulan Rejab ini ya.. INSYAALLAH... :) ------------------------------------------------------------ Rejab datang kembali menemui umat Islam. Bulan ketujuh dalam kalendar Islam ini mempunyai keistimewaan tersendiri sebagaimana yang dijanjikan Allah seperti yang terkandung dalam al-Quran. Rejab mempunyai empat makna iaitu takzim (kebesaran, keagungan dan kemuliaan), rahmah (bulan yang penuh dengan rahmat Allah), Jud'un (pemurah) dan Birr'un (kebajikan). Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang mulia dan banyak kelebihannya. Nabi Muhammad saw dalam satu hadis menyatakan bahawa Rejab itu bula...

DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD || KEISTIMEWAAN YANG SERING DILUPAKAN

Image
Aku nak kongsi sesuatu...sesuatu yang seringkali kita ucapkan... Dalam mendirikan tiang agama kita... Jujur...aku pun seringkali mengabaikan betapa pentingnya dalam memahami setiap bait yang kita ucapkan dalam menyembahNya... Kita baca dan fahami... --------------------------------------------------- Dalam tidak sedar...s etiap hari kita memohon di dalam solat kita...tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami...sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini... Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat...Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah... Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)  Diamlah sejenak...Buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil... Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah...ulangi permintaan itu beberapa kal...

TUHAN YANG MENENTUKAN SEGALANYA

Image
Ya...seberapa kuat kita mencuba... Hasilnya tetap ditangan Tuhan... Seberapa lama kita mahu mengelak... Tuhan juga akan menentukannya... Betapa kita inginkan kebahagiaan bersama yang tersayang... Tapi sekiranya Tuhan tidak mengizinkan... Selagi itulah...kita tidak akan bersama mereka... Sentiasa berwaspada kerana tidak mahu dirundung kecewa... Namun sekiranya Tuhan ingin kita merasai kekecewaan itu... Kita tetap akan merasa kekecewaan itu... Sudah terang lagi bersuluh... Kita cuma manusia biasa... Tuhanlah yang menentukan segalanya... ASSALAMUALAIKUM ---------------------------------------------- YF : Selamat tinggal, Kenangan Terindah

JANGAN MENILAI MELAINKAN TAHU CERITA SEBENAR

Image
Hmm....ini nasihat untuk diri aku juga... Bukan tak pernah fikir bukan-bukan pasal orang lain... Tapi sedaya upaya cuba elak untuk tidak berbuat demikian... Kena fikir positif saja... Melainkan kita tahu cerita di sebalik kehidupan mereka... Jangan nak main terjah je ok... Kalau fikir bukan-bukan..setakat dalam diri kita saja..ok lagi kot.... Kalau dok mencanang cerita tidak benar kepada orang lain...itukan dah fitnah namanya... Jaga-jagalah wahai sahabatku...kita saling menasihati...ingat kan? ASSALAMUALAIKUM --------------------------------------------- YF : Psiko + Logi