TIADA PENGHUJUNGNYA

Sekian lama
Masih merasai itu
Rasa kecewa
Rasa duka

Dadaku kian sesak
Nafasku tersekat-sekat
Badanku menggeletar
Tapi kaku tidak mampu bergerak

Otakku ligat berfikir
Hatiku kian mengenang kisah silam
Serabut
Aku serabut

Ketenangan kian direnggut
Kebahagian kian jauh

Akhirnya?
Tiada akhirnya
Tiada penghujungnya
Aku tetap akan begini
Keseorangan


-------------------------------------------

YF : Indah mimpi, ngerinya realiti

Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

TAHU TAK JENIS-JENIS DADAH???

Jimat Shopping Raya di Freeport A’Famosa Outlet Melaka