Posts

Showing posts with the label ILHAMKU

10 THINGS THAT I HATE ABOUT YOU

Image
I HATE WHEN YOU TRIED TO APPROACH ME I HATE WHEN YOU INSISTED TO GET MY REAL NAME I HATE THE WAY YOU LOOKED AT ME I HATE WHEN YOU GAVE ME A SWEET SMILE I HATE WHEN YOU TRIED TO MAKE ME LAUGHS I HATE WHEN WE SPENT TIMES TOGETHER I HATE WHEN YOU TRIED TO MAKE THINGS SEEMS POSSIBLE WITH ME I HATE WHEN YOU SAID HARSH WORDS TO ME I HATE WHEN YOU NEVER LOOK AT ME AFTER THAT DAY I JUST 'HATE' YOU. ---------------------------------------------- YF : The more I try, the less I get

PERSOALAN HATIKU

Image
Celaru fikiranku Serabut mindaku Hati tak keruan Jiwa gundah gulana Rasa semakin hilang Dibawa arus kebosanan Hari tetap laju berlari Masa tetap tidak menoleh Tapi mengapa aku tetap di sini Tapi mengapa aku tetap di sini Semakin lama hati mendesak Semakin lama akal menghimpit Semakin lama jiwa memberontak Semakin lama tiada arah tujuan Dimanakah takdirku Dimanakah hidupku Dimanakah destinasiku Dimanakah pengakhiranku Pada Dia ku memohon Pada Dia ku merayu Pada Dia ku mengadu Pada Dia ku berserah Berikan aku kebahagiaan Berikan aku ketenangan Berikan aku kesejahteraan Berikan aku keselamatan Tapi segalanya tersekat Dihujung kerongkong Namun tetap terlintas diakal Namun tetap terungkap dihati Setiap tanda tanya ada noktahnya Setiap persoalan ada jawapannya Setiap kejadian ada hikmahnya Setiap permulaan ada akhirnya  -------------------------------------------------- YF : Mencari ilhamku

AKU TAK KISAH DENGAN HUBUNGAN JARAK JAUH

Image
Aku akan merinduimu Sentiasa dihati aku Sentiasa dalam fikiran aku Sentiasa dan sentiasa Aku akan mengingatimu Tanpaku jemu Tanpaku muak Tanpaku jelak Sekadar jauh Apalah sangat Ada rezeki Pasti bertemu Sabar ya wahai kasih Kita tetap akan bersama Seperti selalu Saling memerlukan Aku pergi untuk menyesuaikan diri Di tempat baru Orang baru Suasana baru Kau khuatir ya? Jangan bimbang Kau tetap dihatiku Ku harap kau juga begitu Sabar menanti kehadiranku Kelak kita tetap bersama Dengan adanya internet dan lap top Oh BlogKu ---------------------------------------------- YF : Jangan kau tangisi pemergianku

KELALAIAN YANG MENAKUTKAN

Image
Hari ini aku telah melakukan sesuatu tanpa aku sedari. Aku lakukan di luar kawalan aku. Aku terkejut. Panik. Hampir-hampir mengadakan suatu kisah yang tidak elok untuk didengari. Namun, aku masih di sini. Masih bernafas. Masih boleh menaip dengan lancarnya. Masih boleh berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Aku masih di sini.  Aku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuranku kepadaNya kerana telah menyedarkan aku dan menarik aku kembali ke alam sedar. Istighfarku dengan rendah dirinya. Terasa seperti diberikan peluang baru untuk memperbaiki kesilapan dan kekhilafan lampau. Maafkan aku. Debar jantungku masih berdetak dengan laju tika ini. Mengenang kembali peristiwa yang berlaku dengan pantas dan sekelip mata. Mujur. Segalanya mujur. Terdiamku sejenak. Ku akur dengan kehendakMu YA ALLAH. ASSALAMUALAIKUM --------------------------------------------------- YF : Tetapku di sini

TIADA PENGHUJUNGNYA

Image
Sekian lama Masih merasai itu Rasa kecewa Rasa duka Dadaku kian sesak Nafasku tersekat-sekat Badanku menggeletar Tapi kaku tidak mampu bergerak Otakku ligat berfikir Hatiku kian mengenang kisah silam Serabut Aku serabut Ketenangan kian direnggut Kebahagian kian jauh Akhirnya? Tiada akhirnya Tiada penghujungnya Aku tetap akan begini Keseorangan ------------------------------------------- YF : Indah mimpi, ngerinya realiti

ALAM KEDEWASAAN

Image
Dewasa Aku tidak mahu jadi dewasa Aku tidak ingin komitmen Aku tidak rela dibebani pelbagai masalah Dewasa Semakin meningkat umur Semakin rumit masalah yang aku alami Baik dalam mahupun luar Baik nyata ataupun fantasi Dewasa Terlalu sukar untuk difahami Mungkin akalku masih ditakuk remaja Zaman remaja yang masih subur dalam jiwaku Dewasa Gementar ingin melangkah ke alam perkahwinan Itupun sekiranya sempat hidup di bumi Allah Namun tidak juga ku pinta untuk bertemu jodoh Dewasa Boleh jadi gila dibuat Terlalu banyak tekanan Wang, harta Semuanya menjadi kepentingan Dewasa Ah! Apa itu dewasa??? ---------------------------------------- YF : Berjuta bintang di langit tapi hanya satu yang terpaut dihati

EH, JANJI TU APA?

Image
Eh, sedapnya janji tu Boleh buat lagi? Buat banyak-banyak ya Tak sabar nak pegang Eh, janji tu senang tak nak buat? Senang je? Ye ke? Buat macam mana ye? Oh, dengan kata-kata ye? Eh, janji tu asyik lari-lari je Tak dapatlah nak pegang ketat-ketat Kenapa macam tu? Sebab tak sungguh-sungguh kot bila buat janji tu Oh, macam tu ke? Eh, janji tu asyik bertukar rupa la Kenapa ek? Sebab yang membuat janji tu serabut Banyak sangat kot janji yang dia buat Eh, kejap-kejap Janji tu apa? Keliru lah! Macam mana nak bezakan janji tu? Betul ke? Palsu ke? Susahlah macam ni Kalau macam tu Tak nak buat janji lah! Buat orang pusing je tau ------------------------------------ YF : No promises

MASIH BERHARGAKAH UNGKAPAN ITU?

Image
Ungkapan apakah? Ungkapan itu Yang sering dijaja, dipromosi ke hulu hilir Oleh remaja belia yang masih mentah  Konon tahu apakah ungkapan itu Matang dewasa apa kurangnya Ungkapan itu jadi rakaman dibibir Benar atau dusta Siapa yang tahu Yang mendengar cair bak lilin di kelam malam Padahal dah sering berlagu di telinga Hampir bernanah pun suka juga mendengarnya Berhargakah? Mungkin Jika ia tulus dan murni Jika ia mengerti apa maksudnya Jika ia merasa kesahihanya Sudah turun harga? Mungkin  Jika ia sekadar mainan Jika ia cuma propaganda meraih belaian murahan Jika ia beralaskan lapik nista Berapa ramai mangsa Berapa kali diulang Masih berhargakah ungkapan itu? ---------------------------------- YF : Sengaja mencari pasal

PANTAI ITU MENUNGGU

Image
Duluny pantai itu tenang Suci dari segala rasa Indah dari segala noda Pantai itu terlalu indah Terasa orang yang berhak saja Layak berdiri di pantai itu Masa beralih arah Pantai itu kian kotor Berbagai ragam telah dirakam Berbagai nista telah dicoret Pantai itu malu Tersangat malu Malu ditegur oleh siang Malu disapa oleh malam Tapi pantai itu tetap mengalir Meneruskan hidup yang sudah hitam Bertemankan bayu yang memahami nasib Pantai itu Terasa sepi Matahari sekadar mainanya Rembulan sekadar peneman tidurnya Pantai itu menunggu  Pelangi indah Yang pernah singgah seketika Cuma seketika Meninggalkan parut yang tidak mampu dihakis Pantai itu menunggu Pelangi indah Agar bisa pantai itu tersenyum Agar bisa pantai itu bergurindam Nyata pantai itu runsing Gundah gulana persisiranya Ombak kian ganas menghentam Terasa tidak layak menikmati pelangi Pantai itu Hanya mampu menunggu Bersama desir angin yang menghela Menanti warna-warni pelangi ----------------------------------------...

DIRI AKU YANG SEBENAR

Image
Jujur. Aku seperti itu. Aku tak tipu. Sampai sekarang tak berubah-ubah. Hari-hari kena marah sebab aku selalu buat macam tu. Tapi tak pernah rasa serik. Best kan dapat buat macam tu? Cukup mana pun aku tidur. Kurang mana pun aku tidur. Pasti. Mesti. Akan buat begitu. Kalau terlajak begitu, baru tergopoh-gapah cari tuala. Apa nak jadi? Aku pun tak tahu.  Diri aku dah tanamkan azam. Tapi tak tumbuh. Kurang baja kot. Atau kurang air. Atau kurang kasih sayang. Takkanlah. Teruknya diri aku yang sebenar ni. Tak nak diri aku yang sebenar yang hodoh ni. Boleh ubah tak? Harus boleh. Tapi tekad tak cukup lagi agaknya. Mana nak cari tekad ya? Dalam diri aku juga ke? Susahlah nak cari. Kena menyelam dalam diri sebenar baru boleh jumpa. Mesti lamakan? Usaha nak jadi diri aku yang sebenar.  Tapi nak diri aku yang sebenar jauh lebih baik dari ini. ASSALAMUALAIKUM ---------------------------------------------- YF : Jujur itu mesti

BUDI ITU HODOH

Image
Budi itu sangat hodoh Kalau si pemberi tidak ikhlas Budi itu sangat hodoh Kalau balasan diharapkan Budi itu sangat hodoh Kalau segalanya diungkit Budi itu sangat hodoh Kalau menganiaya sesama sendiri Budi itu sangat hodoh Kalau diselangi dengan kutukan Budi itu sangat hodoh Kalau kepentingan diri diutamakan Budi itu sangat hodoh Dan sudah pasti itu bukan budi namanya Itu namanya JUAL IKAN ------------------------------------- YF : Jangan ikutkah hati kelak badan binasa

ILHAMKU

Image
Ilham bukan sebarang ilham Ilham datang dari empunya sekalian alam Kadang sedikit Kadang membukit Selalu ku luahkan Sering juga ku pendamkan Inginku kongsi Inginku sembunyi Dibukukan terasa segan Disimpan takut dilupakan Ilhamku ambil dari sekalian alam Sekalian alam yang punya 1001 kisah Biarku gambarkan dalam cerita Cerita itu Olahanku Ilhamku ------------------------------------------- YF : Kagum dengan penulisan Zahiril Adzim

APABILA PELUANG ITU DATANG MENJENGAH

Image
Peluang selalu ada disekeliling kita. Tapi dalam pelbagai rupa. Pelbagai bentuk. Pelbagai cara. Kadang-kadang, kita perasan. Kadang-kadang, kita tak perasan langsung. Apabila peluang tu dah berlalu pergi, barulah mata kita tercelik. Lepas tu, kita macam... "Eh...eh...tunggu kejap!!!" Tapi sayang, peluang tu takkan dengar apa kita ucapkan. Peluang itu hanya datang dengan izinNya. Jika Dia kata pergi, pergilah peluang itu. Kita pun tak mampu nak berkata apa-apa lagi, yang kita mampu buat menunggu peluang yang lain. Itu pun kalau datang, kan? Setiap perkara dalam hidup kita, ada peluang. Perhubungan, keluarga, persahabatan, pekerjaan, pelajaran. Kiranya, segala tentang kehidupan pasti ada peluang. Contoh, perhubungan. Kita sukakan seseorang tu. Tapi kita tak berusaha untuk mendapatkannya bila ada peluang. Peluang di sini mungkin si dia masih solo atau si dia memberi hinthint yang sepatutnya kita sedar atau nampak. Kalau ada orang masuk line dulu, masa tulah nak masuk line ...

INDAHNYA ALAM

Image
Dikala bulan mengambang... Terlihat kepul-kepul awan cuba mendekati bulan... Untuk menutupi cahayanya yang benderang... Bintang juga turut tenggelam bersamanya... Terdengar cengkerik mengalunkan nada... Memecah sunyi di malam hari... Bersama selingan si burung hantu... Yang duduk bertenggek di atas dahan... Jauh di hujung sana... Terlihat kilauan air terjun... Yang mengalir tanpa henti... Yang mengalir penuh semangat... Dingin malam kian terasa... Bila embun terpalit pada tubuh... Pepohon yang meninggi... Terasa seperti payung yang melindungi diri... Tapi sayang... Itu semua bayanganku... Itu semua anganku... Itu semua imaginasiku... Indahnya alam... Teringinku menikmatinya... Indahnya alam... Teringinku memilikkinya... ------------------------------------------------ YF : Bayangan tetap bayangan

PERMULAAN UNTUK SATU PENGAKHIRAN

Image
Setiap permulaan... Pasti akan berakhir dengan pengakhiran... Setiap pertemuan... Pasti akan berakhir dengan perpisahan... Setiap kisah... Pasti akan ada penamatnya... Setiap huruf... Pasti akan berakhir dengan noktah... Tapi setiap pengakhiran akan bermula dengan permulaan yang baru... Setiap perpisahan akan bermula dengan satu pertemuan yang baru... Setiap penamat akan bermula dengan kisah yang baru... Setiap noktah akan bermula dengan huruf yang baru... Dan aku...bertekateki dengan segalanya... ASSALAMUALAIKUM -------------------------------------------- YF : Selambanya dirimu

NO AIR

Image
This emptiness makes me tired This loneliness makes me fed up This drama makes me annoy This situation makes me FRUSTRATED ------------------------------------------------ Lirik / Lyric : Tell me how I'm supposed to breathe with no air? If I should die before I wake It's 'cause you took my breath away Losing you is like living in a world with no air, oh I'm here alone, didn't wanna leave My heart won't move, it's incomplete If there was a way that I could make you understand But how do you expect me To live alone with just me? 'Cause my world revolves around you It's so hard for me to breathe Tell me how I'm supposed to breathe with no air? Can't live, can't breathe with no air It's how I feel whenever you ain't there There's no air, no air Got me out here in the water so deep Tell me how you gon' be without me? If you ain't here I just can't breathe There's no air, no air No air, air No air,...