Carpal Tunnel Syndrom Undang Sakit Leher


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Kenapa aku cakap pasal Carpal Tunnel Syndrom (CTS) ni? Hurm. Sebenarnya, aku dah lama ada CTS ni yang kena dipergelangan tangan kanan aku. Apa kebendanya tu? Heh. Aku pun tak tahu benda ni dulu. Terpaksalah Google kan. Orang kata, dah terhantuk, baru terngadah. Huuuu.

Tapi, aku juga dah disahkan oleh doktor yang aku mengalami CTS. Bukan disahkan oleh Google ya. Itu sekadar pencarian maklumat saja. Jadi, Occupational Therapist dekat klinik kesihatan tu pun cadangkan pakai hand guard untuk kurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan.

Hand Guard yang aku beli ni bawah RM100 di farmasi

Aku tak berapa nak reti explain guna bahasa sains tinggi ni. Aku mudahkan je lah ya. Berdasarkan gambar bawah ni, korang akan nampak dekat area saraf Median tu akan berlaku himpitan yang menyebabkan rasa sakit dan kebas. Jadi, jari yang paling terganggu adalah 3 jari pertama di mana letaknya saraf Median tu tadi.


Aku perasan di bahagian ibu jari aku selalu rasa macam bengkak yang bila urut, dia akan hilang rasa sakit. Dari zaman universiti lagi aku dah mula urut-urut kat bahagian ibu jari. Tapi, aku tak ambil pusing sangat, sebab macam on off on off gitu je kan.

TAPI! Tidak ya. Sejak kebelakangan ni, semakin terasa kesan dia. Kebas. Lenguh. Aku biarkan tangan kanan tergantung sekejap, semakin galaklah rasa kebas dan lenguh tu. Aku pun kerja pegang mouse sentiasa. Mungkin cara aku menggunakan mouse dan keyboard salah agaknya. πŸ˜‚

Oleh kerana masalah ni dah berlarutan agak lama, CTS dah mula tangkap bahagian siku, bahu dan leher. Mana aku tahu ni? Haaa. Aku tahu dari physiotherapist yang bertauliah dan berpengalaman lebih 10 tahun. Aku yang dengar ni pun terkesima kejap. Ye lah. Tengok gaya, nampak muda bertenaga kan. Ramah plak tu. Aku ni dahlah pemalu. Ahaks!

Pn. Atikah, atau lebih mesra dipanggil Atikah merupakan pemilik dan juga physiotherapist di The Rehab & Physio Specialist. Tapi kan korang, yang seronoknya, rehab ni menyediakan perkhidmatan physiotherapy dari rumah ke rumah. Cuma korang kena tambah ongkos minyaknya saja. Zaman-zaman covid ni, itulah yang lebih baik, kan?

Atikah akan setkan tarikh dan masa mengikut kesesuaian masing-masing. Atikah juga akan bertanya serba sedikit masalah yang kita alami, lagi-lagi yang sudah didiagnosis oleh doktor. Lebih mudah dan jimat masa dengan meneruskan terapi yang sesuai dengan masalah kita.

Kalaulah korang tak pernah jumpa doktor, tapi bagitahu Atikah sakit itu sakit ini, dia akan bawa peralatan yang berkenaan untuk tujuan assessment. Jadi, barulah tahu nak fokus dekat mana dan masalahnya.

Sedikit Assessment

Macam kes aku, aku cakap terus terang aku ada CTS ni dan dah disahkan oleh doktor kerajaan. Jadi bila Atikah datang rumah, buat assessment sikit dekat tangan kanan aku untuk tahu tahap keseriusan CTS aku ni.

Atikah terus cakap direct dengan aku. Agak susah untuk redakan CTS aku ni. Sebab saraf Median aku atas sikit nak dekat dengan tahap teruk. Jadi, tiada pilihan, aku perlu buat pembedahan untuk mengelakkan sakit tu bertambah serius. Takut tetibe tangan kanan aku 'shut down'. Over ke aku guna words tu? Yang aku fahamlah. Aduh. Aku dah jem masa ni. Hahahah. Aku kena fikir dululah nak buat ke tak. Takoddd!

Picit bukan sebarang picit yaa

Atikah pun tak nak buang masa, dia teruskan terapi di bahagian leher, bahu dan tangan kanan aku. Katanya, terapi ni hanya bantu sedikit saja. Sebab bila tangan kanan aku dah macam tak rasa sangat yang aku sedang buat kerja, dia akan ambil kekuatan dari siku, bahu, last sekali dekat leher. Sebab tu leher aku selalu sakit-sakit. CTS juga merupakan faktor yang menyumbang kepada sakit leher. 

Bila dia urut je bahagian leher aku, Allahu. Sakit tak terkatalah. Urat aku tegang dan keras dekat leher katanya. Dengan pengalaman dia yang lama dan bekerja di beberapa tempat sebelum menubuhkan The Rehab & Physio Specialist, dia boleh detect aku ada anxiety (bahagian tulang selangka kalau tak silap), migraine jangan cakaplah kan.

Selain tu, dia pun boleh teka aku selalu mendongak ke atas dengan sekadar hanya mengurut bahu dan leher aku. Korang nak tahu ke kenapa aku selalu mendongak ke atas? Jawapannya:

Gambar Sekadar Hiasan dari Carian Imej Google

Mesti korang dah judge cara aku tidur kannnnn. Hahahahha. Tak tahulah kenapa, rasa selesa tidur macam tu. Tapiiiiii, bila aku tak bergerak agak lama, memang sakitlah cerita dia dekat leher aku. Arghhhhh!

Gambar Sekadar Hiasan dari Carian Imej Google


Urutan Sedang Berlangsung

Menggunakan Traction Machine untuk Meregangkan Tulang Leher (Traction Therapy)

Dengan keramahan Atikah ni, aku tak terasa pun dah sejam berlalu. Walaupun sakit-sakit badan aku kena urut, kena tekan, kan, macam-macam yang dia terangkan berkenaan physiotherapy. Kata Atikah lagi, physiotherapy ni bukan sekadar urut gitu-gitu saja ya. Kena tahu anatomi badan, bahagian mana yang boleh dan tidak boleh diurut dan macam-macam lagilah. Atikah juga layak untuk menulis surat rujukan kepada doktor yang kita nak pergi dapatkan rawatan lanjut.

Bukti yaaaa

Ada pelbagai jenis terapi yang The Rehab & Physio Specialist sediakan tau. Apa-apa pun, kena consult dulu dengan doktor yang korang selalu jumpa atau Atikah as a physiotherapist.


Kos untuk buat phystherapy dengan Atikah ni bermula dari harga serendah, RM170.00/sesi (Macam aku cakap tadi, tak termasuk caj datang rumah ya). Nak bayar macam pakej? Bolehhhh, tapi kena slow talk dengan Atikah. Hahahah.  

Kalau ada rezeki lebih ni, memang aku nak buat dengan The Rehab & Physio Specialist. Doakanlah ya. Sebab tak puas buat sekali je. Macam gini ha πŸ‘!

Dah pernah buat dengan The Rehab & Physio Specialist? Kongsikan pengalaman korang plak ya!


| Web | Insta | Facebook | 





----------------------------------------------
YF: Covid is real. Kata bekas pesakit Covid. πŸ˜‚

Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?