Gajet, Kesan & Cara Jaga Mata Kanak-kanak

Penggunaan gajet ketika pandemik ni merupakan satu keperluan untuk semua peringkat umur, terutamanya kanak-kanak.

Aku perasan benda ni sebab ibu aku ada jaga 2 orang kanak-kanak ni, 6 tahun & 11 tahun. Dari pagi hingga petang,  menghadap skrin iPad atau pun phone. Kelas dari pihak sekolah. Kelas tambahan. Kelas agama dan mengaji. Belum campur main game online lagi. Iyalah. Budak-budak kan. Dahla tak pergi sekolah. Tak jumpa kawan-kawan yang sebaya. Tak boleh keluar jalan-jalan ke apa. TV pun diorang dah bosan tengok. Yang diorang suka, game online. Fuh. Kecik-kecik dah ada eyebag. Ini masa total lockdown itu harilah. Sekarang ni, dah kurang sikit sebab sekolah dah dibuka semula kan. Tapi masih lagi kena kawal dan pantau. 

Hari tu, aku sempat join seminar online oleh Dr. Mohd Hafidz Ithnin iaitu salah seorang Pakar Mata di Optom Eyecare dan Pensyarah UIAM, Kuantan, Pahang. Tajuknya sangat sesuai dengan keadaan yang aku ceritakan tadi. 


Bagi aku, peranan ibu bapa dan orang dewasa dalam menangani isu penjagaan mata kanak-kanak ni sangat penting ya. Lagi-lagi tang gajet. Kalau tak control, memang dari pagi sampai pagi esoknya mahu gigih menghadap skrin. Makan minum lupa. Orang ada dekat sebelah pun tak perasan. Ini kalau main game lah. Aduh! Selain berkongsi akibat buruk gajet terhadap mata, Dr. Mohd Hafidz Ithnin juga turut memberikan tips berguna dalam penjagaan mata kanak-kanak.

Penggunaan Gajet Berlebihan Beri Kesan Buruk Pada Kanak-kanak

1)    Peningkatan kuasa pada spek


Kanak-kanak yang tak pernah pakai cermin mata akan mula menggunakan cermin mata untuk melihat dengan jelas apabila terlalu lama menghadap gajet. Power cermin mata juga boleh meningkat kerana pengembangan saraf mata berlaku dan kesannya akan bertambah buruk menyebabkan mata menjadi koyak. Bila dah koyak, tiada lagi yang boleh dilihat; buta.


2)    Otot Fokus Mata Jadi Tidak Stabil

Gambar hiasan: sinarharian

Bayangkan mata kita ni macam lensa kamera. Kita nak zoom dekat ke jauh, kita boleh control, kan. Tapi, bila dah terlalu lama atau kerap digunakan, lensa tu akan jadi hilang fokus dan seterusnya kabur. Hah. Tang ni yang susah sebab otot mata kita akan mengambil masa yang agak lama untuk kembali pulih.


3)    Mata Cepat Penat

Gambar Hiasan: siraplimau

Pernah tak bila korang tengok skrin terlalu lama, tak ada rehat, mata kita jadi penat dan terasa kering? Aku yang dewasa ni pun terasa penat. Apatahlah lagi kanak-kanak kan. Mata sangat memerlukan rehat yang cukup supaya kesihatan mata dapat dijaga dengan sebaiknya.


4)    Juling

Gambar Hiasan: theasianparent

Jikalau anak/ adik korang tertedah dengan gajet dalam tempoh masa yang lama, diorang akan alami masalah juling ni. Mesti korang tak nak benda ni berlaku kan. Bila ada masalah juling, akan timbul masalah-masalah lain macam rendah diri, kena buli dan sebagainya. Tempoh rawatan yang agak lama juga diperlukan untuk menyembuhkan agar mata kembali sihat seperti sediakala.



5)    Susah tidur (insomia)

Gambar hiasan: ms.drafare

Kanak-kanak kalau tidak dipantau sebelum diorang masuk tidur, diorang akan tetap mengunakan gajet walaupun diorang tahu dah wajib tidur waktu tu. Penggunaan gajet harus dihentikan sekurang-kurangnya 1 jam sebelum tidur kerana cahaya biru dari telefon pintar akan mengganggu penghasilan hormon yang menyebakan diorang ni susah untuk tidur.


LIMA Tips Mudah Mengawal & Menjaga Mata Kanak-kanak

1)    Berehat Sebentar dan Boleh Sambung Semula Penggunaan Gajet
        

Selepas sejam penggunaan gajet, ajak anak/ adik korang tu untuk lihat pemandangan yang jauh. Contoh, tengok pokok di luar rumah atau apa saja yang kita boleh lihat sejauh pemandangan mata gitu, untuk seketika sebelum diorang sambung menggunakan gajet semula.


2)    Galakkan Aktiviti Luar Rumah (Outdoor Activity)


Jangan tak percaya, mata kanak-kanak aktif bermain di luar lebih sihat dengan yang selalu tengok gajet. Jadi, rajin-rajinkanlah bawa diorang keluar, jalan-jalan sekitar rumah sambil menghirup angin sepoi-sepoi bahasa. 


3)    Kanta Khas Untuk Penggunaan Gajet


Selain itu, dengan adanya kewujudan kanta khas, ia juga boleh membantu mata kanak-kanak terlindung dari cahaya UV yang boleh merosakkan saraf mata.


4)    Beri Ganjaran Pada Anak/ Adik (Tak Semestinya Duit)


Masa nilah untuk jadi kreatif yaaa. Bukan hulur duit atau material semata. Kena fikir di luar kotak sikit. 


5) Penggunaan Kanta Penapis Berwarna Biru


Kanta penapis ni selamat digunakan kerana ia menapis cahaya biru daripada masuk ke dalam mata. Jadi, mata tidaklah terasa terlampau letih dan sebagainya.



Gambar hiasan: jayfeitlinger

Kita kena tahu benda ni sebab siapa lagi yang nak jaga mata mereka kalau bukan kita. Budak-budak mana tahu kesan baik/buruk gajet ni. Tahu syok je. Hahahaha! Kalau korang tengok mata anak/ adik korang tu asyik terkedip-kedip, berair, mata cepat merah atau selalu gosok mata masa tengok gajet, segerakanlah untuk bawa anak/ adik korang tu ke klinik atau opmoteris berdekatan. Nak lagi bagus, boleh buat pemeriksaan awal di Optom Eyecare. Sebab aku dah rasa servis diorang. Memang terbaik. Seeloknya kita cuba kawal semampunya untuk elak kerosakan yang lebih teruk pula nanti.

Ada Berita Baik Punyaaa!!!

11 Disember 2021 nanti, Optom Eyecare Bangi akan membuka satu sesi perjumpaan dengan Dr. Mohd Hafidz Ithnin. Aku galakkan kepada korang yang rasa ada anak/ adik mempunyai isu mata kerana gajet, pergilah sesi ni. Serius tak rugi ya. Korang boleh hubungi mereka ditalian 011-11479093 untuk pengesahan kehadiran dan juga maklumat lanjut.

Selain itu, Optom Ecare Bangi juga turut memperkenalkan satu perkhidmatan baru khas untuk kanak-kanak iaitu Kiddos Eyecare yang mana ianya akan lebih fokus kepada penjagaan mata kanak-kanak.

Nak tahu lebih lanjut atau nak rasa sendiri mendengar dari yang pakar, bolehlah hubungi mereka di:


No. 37 Jalan 8/1,
Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown)
9.00 am – 8.00pm (Setiap Hari)




-----------------------------------------------------------------
YF: Kejap je dah nak masuk Tahun 2022!

Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?