Posts

Showing posts with the label Kuala Lumpur

Bayar RM3.50 Sahaja Dah Boleh Kenyang di Restoran Nelayan Ampang

Image
Sekiranya korang ni penduduk area Gombak, mesti pernah dengar nama Restoran Nelayan ni. Tipu lah kalau tak pernah dengar kan. Alhamdulillah, 2 minggu lepas aku berkesempatan meraikan Majlis Perasmian Restoran Nelayan  cawangan Ampang. Lunch Paling Murah! Kenapa aku kata lunch kat restoran ni paling murah? Lagi-lagi kalau makan kat area KL ni. Haih. Susah kot nak cari harga ni lagi dengan zaman serba serbi mahal. Iyalah. Dengan harga RM3.50 saja, perut dah boleh menyanyi kekenyangan. Poket pun tak bocor. Kah! Kalau rasa tak nak makan kat restoran ni, boleh tapau makan kat opis. Hah. Senang hidup kan.  Seafood Lambak Versi Restoran Nelayan Selain daripada lunch yang murah, seafood lambak (atau nama lain yang popular shell out ) juga salah satu tarikan istimewa daripada restoran ini. Dengan harga RM28.00 , boleh dah makan seafood lambak dengan berselera!   Harga Seafood Lambak 2 pax = ...

Segmen #KBBA9 : 10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Keluarga

Image
Masih lagi tercari-cari tempat untuk hangout dengan keluarga pada hujung minggu? Nah! YF nak kongsi 10 tempat menarik di Kuala Lumpur untuk keluarga lepak-lepak, bersenang-lenang, bersuka-ria dan sebagainya. Yang penting, PERCUMA! 1) Dataran Merdeka Foto kredit : backpackingmalaysia Tempat ni memang favourite aku masa kecik-kecik dulu. Hahahah! Bila ada kelapangan, siang mahu pun malam, parents aku akan bawa ke Dataran Merdeka. Kawasan yang luas dan selesa untuk kanak-kanak bermain sepuasnya. 2) Taman KLCC Selain melihat menara berkembar KLCC yang gah di tengah Kuala Lumpur, sambil-sambil cuci mata atau window shopping di dalamnya, jangan lupa untuk singgah di tamannya pula. Baik pada siang hari mahu pun malam, pemandangannya pasti tak jemu dipandang. Gituuu. 3) Galeri Petronas Foto Kredit : Nazreen Zainurin Dah alang-alang sampai KLCC, Taman KLCC, apa kata singgah sebentar menikmati seni secara percuma di Galeri Petronas yang berada di Aras...