Posts

SURYA APPLE CIDER VINEGAR 'PENEMAN' SAAT PERUT KEMBUNG

Image
Assalamualaikum! Bertemu kembali kita dalam sesi meluahkan perasaan. Ye ke? Hahaha! Tak adalah. Saja nak bagitahu, sejak kebelakangan ni perut rasa semacam je. Mungkin YF selalu on off on off makan kot. Kadang lunch , kadang tak. Kadang dinner , kadang tak. Mood makan ni kadang tak menentu. Macam mood swing gitu. Perempuan, kan. Ahaks! Ka lau makan TERLALU banyak pun perut boleh meragam ya. Asal boleh sumbat, nak sumbat saja. Makanan sebelum ni pun belum 'dilaburkan' lagi. Dah tambah 'stok' lain plak. Itu yang ada 'angin' syahdu keluar ikut bawah. Hahahahaha! Jujur lah ni. 😝 Gambar hiasan Bila search pasal cara-cara nak kurangkan rasa perut kembung ni, naiklah nama satu produk ni iaitu Surya Apple Cider Vinegar (Surya ACV) . YF baca pasal produk ni, agak-agak bolehlah kurangkan rasa perut yang semacam tu kan. Apa Itu Surya ACV? Ia merupakan cuka epal tau dengan tambahan madu asli. Gabungan mantap  gitu. Selain dari gabungan hebat ...

Polish Kereta Mampu Bayar dengan KBO Car Wash

Image
Assalamualaikum! Selama beberapa minggu ni, YF sempatlah search online mana-mana carwash yang bagi servis murah-murah dan mantap kan. Nak jadikan cerita, terjumpalah satu profile kat Instagram, nama dia KBOCARWASH . Dia punya offer pun macam ngam lah juga kan dengan YF punya tahap kewangan. Gitu. Jadi ceritanya, gigihlah cari masa dan hari yang sesuai nak bersihkan kereta YF, alhamdulilah masa cuti umum ni diorang tak join cuti sekali. Tadi sempatlah pergi bawa Charming (nama manja kereta YF) gi make over . Hahaha! Dah macam rupa apa kereta YF tu. Macam tak cuci setahun dah. Sedih! Apa servis yang YF pilih tadi?  Polish : RM80 Wax : RM40 Wax Dashboard : RM6 Nano Mist : RM20 Engine Wash : RM10 Car Wash & Vacum : Free TOTAL : RM156 Tak sempat nak tangkap gambar sebelum dan selepas. Hahaha! Excited sangat kan nak cuci kereta, macam tu lah gayanya. Lepas dah siap semua, kereta berkilat, karpet bersih staf dia  vacum ,  dashboard pun ...

EKSPO HALAL MALAYSIA 2019: BATU LONCATAN UNTUK PENIAGA KECIL & SEDERHANA

Image
Assalamualaikum! Sebagai seorang Muslim, YF dapat simpulkan bahawa status halal sangat dekat dengan diri kita. Di Malaysia, kita tidak lari dari ura-ura ataupun khabar angin mengenai keraguan status halal sesuatu makanan atau restoran di negara kita ni. Tidak kisahlah makanan itu sedap ke, diterbangkan dari negara luar ke, makan di restoran mewah mahupun gerai tepi jalan, itu bukanlah sebab untuk kita mengabaikan status halal. Betul tak? Di zaman yang mementingkan perniagaan sebagai sumber pendapatan utama, ramai  Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berlumba-lumba untuk mengeluarkan pelbagai jenis makanan, minuman mahupun perkhidmatan untuk menarik minat pembeli khususnya pelanggan yang rata-ratanya adalah Muslim. Oleh itu, bagaiman mereka-mereka ini ingin mengetengahkan dan meyakinkan pengguna bahawa produk mereka selamat dan halal untuk digunakan? Nah! Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama agensinya, SME Corporation Malaysia (SME Corp. M...

Peek-a-Box Surprise Yang Berbaloi!

Image
Sebelum memulakan bicara, YF ingin menyatakan terima kasih kepada  Ben Ashaari , founder  Kelab Blogger Ben Ashaari  dan  MATIC  untuk kerjasama mengadakan bengkel Personaliti yang turut menjemput Puan Azie Sam pada tahun 2018 ni. Untuk  Part 1 , korang bolehla tengok kat SINI ya. 😎 Sebelum bengkel Part 2 dimulakan, semua peserta menjamah lunch dari Nurul Catering . Sedap woooo!  Lepas tu, solat lah kita di surau yang disediakan oleh MATIC . Agak besar dan selasa. YF suka! Credit to Kak Ayue Jean Bengkel Kecantikan bersama Peekabox Beauty Box Bengkel kali ini lebih kepada produk kecantikan dan make up . So, more to woman lah. Yang lelaki tu, boleh je tengok untuk general knowledge . Kot-kot nak share dengan makwe ke, isteri ke, mak ke, adik perempuan ke. Tak kisah ya. 😛 Bengkel untuk sesi petang diterajui oleh Puan Shuhada Alauddin . Orangnya pun cantik belaka. Sama macam Puan Azie masa sesi pagi. 😍...

Bengkel Personali & Kecantikan: Ilmu Berharga

Image
Eh! Kenapa nak cantik-cantik ni? Nak handsome-handsome ni? Nak menggoda orang lah tu. Nak perasan cantik lah tu. Hello! Dah 2018 kot. Tolonglah buang hasad dengki itu ya! Ahahaha! Marah ni marah! YF bukan apa, dah fitrah manusia, nak berhias, nak bercantik berwangi segalalah. Tapi patut kena dengan tempat dan majlisnya. Hah gitu! Pada YF, berhias dan berwangi seadanya ni, mampu menaikkan semangat diri, keyakinan diri. Barulah rasa yakin nak berhadapan dengan orang. Tak adalah orang pandang kita atas bawah ke, tutup hidung ke....Haaaa. Krik krik krik! 😯 Okaylah! YF ada pergi satu bengkel ni. Lokasinya kat MATIC, Kuala Lumpur   nuh. Fuh. Cantik gak tempatnya. First time pergi. Yang penting, kita kena breakfast dulukan. Yang ni terbaik. Ada sandwich dari MrsZa Kitchen dan juga mee goreng dari Kak  Ummi Nani   kita. Semua sedap! Perut pun dah kenyang, bolehlah mulakan majlis. Ye tak? 😝 Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas dari Penga...