Posts

APABILA SELANGOR KALAH TERUK DENGAN KELANTAN || PIALA FA 2011

Image
Maaf sebab lambat post entri pasal SELANGOR VS KELANTAN nih...heee... match ni berlangsung di Stadium Shah Alam pada hari Jumaat lepas... Buat pertama kalinya selama aku hidup hampir 22 tahun...aku pergi tengok bola live kat stadium...ye lah..sebelum nih... under age ...dan tak ada kawan pun yang nak ajak...tapi ibu aku dah bagi warning... next time tak boleh pergi daa..sebab dia ingat yang aku pergi kali ni.. under office ... what the ???hahahaahhaha!!ibu aku ni silap dengar la...aku pergi dengan office mates , bukan under office ..haiyaaa!!!ala..bu..boleh la bu.. T_T Ok...terus ke tajuk asal!walaupun pertama kali tengok secara live ...itulah yang pertama kali juga aku tengok match yang tah apa-apa!!!walaupun aku tak berapa minat sangat dengan bola, tapi sekali dah join tengok match ...memang aku rasa nak main sekali...serius weih...korang rasa nak baling kerusi je...tapi memang ada penyokong Selangor yang baling tempat duduk yang leper tuh...mana taknya.... score dia korang ...

A CHANCE THAT WILL CHANGE EVERYTHING

Image
Bolehkah kau memberikan aku peluang itu? Peluang untuk membuktikan yang aku boleh mengambil risiko itu... Risiko untuk membuat kau tersenyum bahagia dan ketawa riang bersama diri ini... Bolehkah kau memberikan aku peluang itu? Peluang untuk membetulkan segala kesilapan yang telah aku lakukan... Kesilapan yang dulunya menghantui diriku... Hanya dengan peluang itu...perubahan akan berlaku... Aku berharap...kau mendengar bisikan hati ini... ASSALAMUALAIKUM ----------------------------------------------- YF : Percayalah - Ya, aku percaya

BERKAWAN LEBIH BAIK

Image
Mungkin itulah yang sepatutnya... Tapi jangan risau...kau antara kenanganku yang terindah... Terima kasih untuk segalanya... Terima kasih kerana memberikan sedikit ruang dalam diari kehidupan kau... Terima kasih juga kerana sudi menjadi sahabat aku... Terima kasih....aku sayangkan kau...dan aku sayangkan semua sahabatsahabat aku... Maafkan aku sekiranya terlanjur bicara... Maafkan aku juga kerana menggangu ruang peribadi kau... Maafkan aku... Tapi kita tetap akan jadi kawan,kan? :) ASSALAMUALAIKUM -------------------------------------------------- YF : Adakah aku kuat melepaskan kenangan yang terindah itu?

PERHATIAN KEPADA PHOTOGRAPHERS!!!

Image
Ada berani tak nak join ???hehehe...cubalah..menang...50-50 ok??kikikiki... Nak tahu lebih lanjut...sila pergi ke facebook HAFIZ HAMIDUN  dan sila pada poster untuk direct kepada source ... Nak detail lagi...tanya teruslah kepada Hafiz Hamidun tu...aku tukang post entri je..miahahaha!! Ok... good luck !!! ASSALAMUALAIKUM ----------------------------------------- YF : Inginku jatuh cinta kerana ALLAH

TUHAN YANG MENENTUKAN SEGALANYA

Image
Ya...seberapa kuat kita mencuba... Hasilnya tetap ditangan Tuhan... Seberapa lama kita mahu mengelak... Tuhan juga akan menentukannya... Betapa kita inginkan kebahagiaan bersama yang tersayang... Tapi sekiranya Tuhan tidak mengizinkan... Selagi itulah...kita tidak akan bersama mereka... Sentiasa berwaspada kerana tidak mahu dirundung kecewa... Namun sekiranya Tuhan ingin kita merasai kekecewaan itu... Kita tetap akan merasa kekecewaan itu... Sudah terang lagi bersuluh... Kita cuma manusia biasa... Tuhanlah yang menentukan segalanya... ASSALAMUALAIKUM ---------------------------------------------- YF : Selamat tinggal, Kenangan Terindah

10 KOTA PALING TUA DI DUNIA

Image
Sebelum ni aku post pasal KOTA MATI kan...nak baca...klik sini dan sini ! ! Sekarang aku nak post pasal kota yang paling tua di dunia... Ingat manusia saja yang tua?heh..silap tu...walaupun tua..tapi masih mampu menarik pelancong dari serata dunia!peh!kagumkagum! ---------------------------------------------- 1) GAZIANTEP, TURKI (3650 SM) Kota yang dulunya dikenal dengan nama Antep yang sekarang menjadi ibu kota provisi yang sama dengan namanya, Giazantep ini adalah kota tertua yang masih tegak berdiri. Kota ini memiliki sejarah sejauh zaman orang Het (Hittite). Kota ini terus menerus di tinggali semenjak zaman Paleolithic, dan tumbuh besar bersama dengan kekaisaran Othman. Hari ini, Giazantep adalah kota yang ramah, dan seru dengan pelbagai masjid, madrasah, penginapan bahkan pemandian yang berasal dari beberapa abad lalu. Rumah-rumah tua dari batu selalu memiliki taman dan pohon anggur yang menghiasi, sehingga setiap anda menoleh, anda akan mendapat pemandangan terindah di...

5 KOTA MATI YANG MENAKUTKAN DI DUNIA || BAHAGIAN 2

Image
Yeah!!!Bahagian 2 yaww!!okok...tanpa melengahkan masa...kita sambung balik kota mati yang paling menakutkan di dunia! ---------------------------------------------- 6) KOWLOON WALLED CITY (CHINA) : A LAWLESS CITY Kota besar Kowloon yang terletak di luar Hongkong, China. Dulunya diduduki oleh Jepun selama perang dunia II, yang kemudian diambil alih oleh penduduk asing setelah Jepun menyerah. Pemerintahan Inggeris ingin China bertanggungjawab terhadap kota ini, kerana kota tersebut menjadi kota yang tidak mengikut peraturan dan tidak taat pada hukum pemerintah. Populasi tidak terkawal, penduduk membangun koridor lybirint yang setinggi jalan yang penuh dengan sampah, bangunan yang sangat tinggi sehingga membuat cahaya matahari tidak bisa menyinari. Seluruh kota disinari dengan neon. Kota tersebut penuh dengan rumah pelacuran, kasino, rumah madat dan ubat bius dan kokain, banyak terdapat makanan-makanan dari daging anjing dan juga terdapat fabrik-fabrik rahsia yang tidak terganggu oleh...

5 KOTA MATI YANG MENAKUTKAN DI DUNIA || BAHAGIAN 1

Image
Sebenarnya...ada 10 semuanya...tapi aku bahagikan kepada 2 bahagian...gempak sikit...cewah! Tak adalah...panjanglah...ada ceritanya pulakan..tu yang bahagi dua...aku suka cari benda-benda macam ni...menarik! Okok...jom...kita tengok 5 kota mati yang menakutkan di dunia..psst!!takut sangat ke??? -___- ------------------------------------------------ 1) KOLMANSKOP (NAMIBIA) : DIKUBUR DI DALAM PASIR Kolmanskop adalah sebuah kota mati di selatan Namibia, beberapa kilometer dari pelabuhan Luderitz. Di tahun 1908 Luderitz mengalami demam berlian, dan orang-orang kemudiannya menuju ke padang pasir Namib untuk mendapatkan kekayaan dengan mudah. Dalam dua tahun terciptalah sebuah kota yang megah lengkap dengan segala prasarananya seperti kasino, sekolah, rumah sakit, juga dengan bangunan tempat tinggal yang eksklusif yang berdiri di lahan yang dulunya tandus dan merupakan padang pasir. Tetapi setelah perang dunia pertama, jual beli berlian menjadi terhenti.  Ini merupakan permulaan b...

JADILAH DIRI SENDIRI

Image
Aku seru kepada para pembaca blog aku... Jadilah diri sendiri... Janganlah terpengaruh dengan sesiapa pun... Blogger , artis, bos atau sesiapa pun! Nak terpengaruh boleh... Pilih yang baik-baik sahaja... Dan korang buat acuan sendiri... Hasil tangan sendiri... Kalau nak jadi macam orang lain... Korang kenalah tukar nama juga... Ye lah...nak sangat jadi macam diorang kan... Kesian mak bapak korang... Bagi nama ala-ala Arabian nak tukar jadi Mat Salleh pula...hahahahha!! Diri kita tetap diri kita! Tiada siapa pun boleh copy paste kita punya cara, sikap dan sebagainya... Be yourself dude ... Banggalah dengan diri sendiri... Kalau tak diri sendiri... Siapa lagi kan? ASSALAMUALAIKUM ------------------------------------------ YF : Pasrah dengan segalanya  

SEMAKIN KUAT ATAU LEMAH?

Image
Sering aku bertanya pada diri sendiri...adakah aku semakin kuat menghadapi dugaan yang menimpa atau mendatang? Kalau aku semakin kuat...mengapa masalah seperti ini membuatkan aku tidak keruan di waktu jagaku? Terasa penat yang amat sangat...berat...tak termampu hendak memikulnya... Atau adakah aku semakin lemah? Kalau aku semakin lemah...mungkin aku dah mengambil jalan mudah... Tapi tidak mungkin aku akan melakukannya lagi... Pedih mataku menahan air mata dari jatuh berguguran... Apakah yang akan berlaku seterusnya? Apakah yang patut aku lakukan? Mungkin aku perlu bertindak seperti biasa... Seperti tiada apa-apa yang berlaku... Tapi mampukah aku? Biarkan masa yang menentukannya... Aku berharap agar aku membuat satu keputusan atau tindakan yang matang...tidak mahu mengikut perasaan tanpa diselangi akal yang waras... INSYAALLAH... ASSALAMUALAIKUM --------------------------------------- YF : Till the day you don't want me to step into your life I'll be with you

APAKAH YANG MAMPU MEMBUATKAN SEORANG WANITA ITU TERSENYUM BAHAGIA?

Image
Last entri sebelum aku tidur mencipta mimpi yang mengecewakan indah belaka...harap-haraplah... :) Bila tengok seseorang wanita itu tersenyum lain macam je...mesti hati tengah berbunga-bungakan?heee..tahulah..aku pun wanita juga..pun pernah juga merasa hati berbunga-bunga walaupun tak layak merasa itu semua...syukur..rasa itu masih terselit sedikit untuk diri aku... Kalau aku dapat suami yang buat aku macam puteri hari-hari...peh...memang lah...tak tua-tualah aku...hari-hari gelak....hari-hari senyum...#fantasibetulakuni XD -------------------------------------------- 1. Don't hug her friends or your friends that are girls cause she'll feel left out. 2. Hold her hand at any moment even if it's just for a second. 3. Hug her from behind. 4. Leave her voice messages to wake up. 5. Wrestle with her. 6. Don't go hang out with your ex when shes not with you, you might not realize how       badly it hurts her. 7. If you're talking to another girl, when you're...

JANGAN MENILAI MELAINKAN TAHU CERITA SEBENAR

Image
Hmm....ini nasihat untuk diri aku juga... Bukan tak pernah fikir bukan-bukan pasal orang lain... Tapi sedaya upaya cuba elak untuk tidak berbuat demikian... Kena fikir positif saja... Melainkan kita tahu cerita di sebalik kehidupan mereka... Jangan nak main terjah je ok... Kalau fikir bukan-bukan..setakat dalam diri kita saja..ok lagi kot.... Kalau dok mencanang cerita tidak benar kepada orang lain...itukan dah fitnah namanya... Jaga-jagalah wahai sahabatku...kita saling menasihati...ingat kan? ASSALAMUALAIKUM --------------------------------------------- YF : Psiko + Logi

KETIDAKSTABILAN OTAK TELAH BERLAKU

Image
Aku sakit otak Parah kot Tak ada ubat Kalau ada ubat Agak mustahil nak diperolehi Sebab bukan sebarangan ubat yang boleh digunakan Semakin lama aku sakit otak Aku akan jadi gila Gila kerana sesuatu Dari dulu aku tahu Jadi gila memang penat Cuba dah tak nak jadi gila Tapi tak boleh elak Kasihan kan? Jadi aku akan teruskan dengan gila ini Sehingga aku jumpa ubat yang betul sesuai dengan diri aku Jiwa aku ASSALAMUALAIKUM ---------------------------------------- YF : Begitu hebat hati seorang perempuan