SEMAKIN KUAT ATAU LEMAH?

Sering aku bertanya pada diri sendiri...adakah aku semakin kuat menghadapi dugaan yang menimpa atau mendatang?

Kalau aku semakin kuat...mengapa masalah seperti ini membuatkan aku tidak keruan di waktu jagaku?
Terasa penat yang amat sangat...berat...tak termampu hendak memikulnya...

Atau adakah aku semakin lemah?
Kalau aku semakin lemah...mungkin aku dah mengambil jalan mudah...
Tapi tidak mungkin aku akan melakukannya lagi...

Pedih mataku menahan air mata dari jatuh berguguran...
Apakah yang akan berlaku seterusnya?
Apakah yang patut aku lakukan?

Mungkin aku perlu bertindak seperti biasa...
Seperti tiada apa-apa yang berlaku...
Tapi mampukah aku?
Biarkan masa yang menentukannya...
Aku berharap agar aku membuat satu keputusan atau tindakan yang matang...tidak mahu mengikut perasaan tanpa diselangi akal yang waras...
INSYAALLAH...
ASSALAMUALAIKUM


---------------------------------------

YF : Till the day you don't want me to step into your life
I'll be with you

Comments

Lulu Caldina said…
mmg dah lama tak singgah lulu-pages, kan? sihat ke ni? nape tulis bunyi sedih ni? awak ada masalah eh? semoga 'masalah' tu cepat selesai...
Yulia Fajrin said…
@Lulu caldina : tu lah pasal..heee...INSYAALLAH..terima kasih yaa :)

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

TAHU TAK JENIS-JENIS DADAH???

Jimat Shopping Raya di Freeport A’Famosa Outlet Melaka