Macam biasa...aku menjalankan sesi mengusha entri atau info yang berkaitan...fuh...nak C & P yang ni la...pasal hati...sekeping hati manusia yang kecil ni...tapi tersangatlah hebat fungsinya... :) Tapi yang membezakannya, cara kita mendidiknya...elok atau tidak? #renunganuntukdiriakusendiri :) ------------------------------------------ Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan. Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya". Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh diken...