TIDUR LAMA MEMPERCEPATKAN KEMATIAN???

ASSALAMUALAIKUM...

Dok caricari info untuk tatapan pembaca...terjumpa satu artikel ni...gempak kot!!!TIDUR LAMA CEPAT MATI???terkena kat batang hidung aku sendiri kot...-.-
Betul la....tidur syiok gila bhai!!hohoho....tapi memang betul la...hidup ni..segalanya kena bersederhana belaka...itu yang terbaik...kurang tak boleh..lebih apatah lagi...ya tak??

Tapi ini dari sudut saintifik ok....ajal maut di tangan ALLAH..ingat itu!!
Pape hal..jom kita usha info ini ok?

-----------------------------


Memang tak dinafikan tidur yang cukup amat penting untuk kesihatan tubuh badan. Dikatakan tempoh masa tidur yang sesuai dan ideal bagi orang dewasa adalah selama 7 jam sehari. Sekiranya anda banyak tidur atau tidur anda sering kali melebihi 7 jam sehari mengikut kajian Prof. Daniel F. Kripke seorang pakar tidur daripada American Cancer Society yang dijalankan ke atas 1000 orang sukarelawan di barat. 


Beliau telah merumuskan bahawa…
- Tidur melebihi 8 jam sehari, risiko 12% untuk mati lebih cepat. 
- Tidur melebihi 9 jam sehari, risiko 17% untuk mati lebih cepat.
- Tidur melebihi sehingga 10 jam sehari, risiko sehingga 34% untuk mati lebih   cepat.

Ini bermaksud lebih lama anda tidur, maka lebih cepatlah anda pergi menghadapi risiko kematian. Hal yang sama juga akan berlaku sekiranya anda kurang tidur. Anda turut dikatakan berisiko tinggi untuk menghadapi masalah kesihatan sekiranya amalan kurang tidur ini dibiarkan berpanjangan.
Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan karbohidrat di dalam badan, dan mewujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis. (Rujukan: Tinker Ready (2000); ‘Naps: The Art of Snoozing’)



Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilaporkan dalam majalah perubatan ‘Lancet’ pada pada bulan Oktober, 1999. (Rujukan: Lancet: ‘Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)


Oleh yang demikian, tidurlah mengikut tempoh yang disarankan. Tidur yang berkualiti akan memberi kesan yang positif terhadap diri anda.
*Catatan : Sumber dari MOHD HAFEZ
-----------------------------
Kepada yang suka tidur tu...termasuk AKU sekali...fikirfikirkan ok....hadoi..kena reset balik la ni pola tidur aku ye??susah tu....-.-
So, tak boleh la nak berblogging lamalama...kan??hurm..siapasiapa yang ada info lebih...share ye...mana tau...boleh tambah pasal masalah tidur ni..hehehhe...:D
ASSALAMUALAIKUM!!
-----------------------------
YF : Jarang dapat mimpi bila tidur -.-

Comments

Yulia Fajrin said…
@armouris : terima kasih....:P

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?