RAYA DAH DATANG || RAMADHAN DAH PERGI

Assalamualaikum!

Fuh! Sangatlah penat mengemas itu ini. Memasang itu ini. Membasuh itu ini. Banyaknya itu ini kan?

Agak terkilan sikit sebab  sempat buat kuih tart nenas saja. Yang lain tak sempat. Rumah tak siap kemas lagi. Baju tak berlipat. Langsir tak dipasang. Memang tak lah nak terperap kat dapur buat kuih raya semata. Jadi, kita gunakan kuasa jari untuk membeli kuih 'tunjuk'. ;)

Tak ada mood nak bergambar tapi akhirnya ada juga gambar yang telah diambil. Kuikuikui. Happy je tengok orang upload gambar banyak-banyak kan. Takpe. Esok ada lagi. InsyaAllah.  :P

Dikesempatan ini, saya YF ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia terutamanya para bloger yang beragama Islam. Kepada yang lain, selamat menikmati hari cuti dan memandulah dengan cermat dan selamat. ^^,)

Wasalam

----------------------------------------------

YF : Moga dapat berjumpa Ramadhan lagi.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

TAHU TAK JENIS-JENIS DADAH???

Jimat Shopping Raya di Freeport A’Famosa Outlet Melaka