NEGATIF VS POSITIF

Saban hari,
Aku bertarung dalam diri,
Antara negatif atau positif.

Terlalu banyak yang aku fikirkan,
Tapi aku tidak pasti apa yang difikirkan,
Masa lampau,
Sekarang,
Atau masa hadapan.

Begitu banyak faktor yang menyumbang,
Sekeliling,
Manusia,
Tugasan,
Terutamanya diri sendiri.

Cuba untuk tenang,
Dalam menghadapi segala,
Tapi diri ini tidak kuat,
Dalam mengendalikan rasa.

Negatif atau positif,
Yang mana satu pengakhirannya?

------------------------------------------------

YF : Resah





Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

TAHU TAK JENIS-JENIS DADAH???

Jimat Shopping Raya di Freeport A’Famosa Outlet Melaka