FILEM LIGHTS OUT SERAM KE?


Buat penggemar cerita hantu macam YF ni, Lights Out sangatlah disarankan untuk ditonton. Walaupun tak seseram The Conjuring 1, still mood seram yang dibawa oleh Lights Out menjadi juga! Tak senang duduk YF dibuatnya! Hahahahaha! Lagi-lagi dengan adanya penonton yang turut rasa tak senang duduk macam YF. YF pun jadi terikut-ikut gitu. Duh!

Okay. Bagi YF, storyline dia simple. Korang tak perlu rasa pening kepala nak fikir pasal konflik dia. Tapi, dalam masa 1 jam 20 minit, pengarah mampu tamatkan movie ni dengan jayanya! Bravooooo! Dengan barisan pelakon yang mostly baru juga di arena layar perak, rasanyalah kan, berjaya tarik perhatian penonton. Mungkin YF agak berlebih-lebihan kot. Hahaha! Almaklumlah, hati dah suka kan. Semua rasa elok. Kihkihkih!

Cerita dia pasal apa tau, pasal pendamping dalam bahasa Melayunya. Tapi ni versi mat saleh. So lain sikitlah kan. Hahahaha! Oleh kerana ada pendamping ni, hidup satu keluarga ni huru hara jadinya. Pendamping tu takut cahaya. Bila tak ada cahaya, dia muncullah. Takutkan. Takutkan. Haaaa. Jangan tak percaya, ada scenes kelakar juga tau! Baik punya kelakar! Yang ni, tolonglah percaya kat YF ni. Pleaseeeee! Hahahahahha!

Nak cerita lebih-lebih, takut bagi spoilers plak. Tamo kan? Hah! Tak reti lagi, pergilah book tiket! Zzzzzzz!

-----------------------------
YF : Jangan tutup lampu!

Comments

YB Shehan said…
oo dorg pun tau ye pendamping tu. ekeke

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?